Tuesday 31 December 2013

Apabila Allah takdirkan kita sakit

Assalamualaikum wbt... minggu ini minggu terakhir 2013... minggu ini juga menyaksikan kami berulang-alik dan berkampung di hospital dan klinik... hospital sungai buluh.. hospital kuala lumpur... klinik syifa..

Apabila Allah takdirkan sakit datang menerjah... tiada kuasa yang dapat menghalang dan menyembuhkan melainkan melainkan kuasaNya...

Sesungguhnya melihat Tok Teh (mak mertua) yang sakit .. satu-satunya ibu yang kami masih ada.. setelah ayah menemui Allah pada 31 Dis 2011, Mak pada 31 Mac 2013, Ayah mertua selang 2 bulan..selepas mak.. pada bulan Mei 2013...

Hati kami memang sayu... terkadang terasa seperti mak ada bersama.. apabila Tok Teh sakit.. seolah-olah ingin menelefon mak untuk mendapatkan segala petua dan nasihat darinya... namun Allah mengetahui kerinduan ini.. Allah mengetahui setiap keresahan hamba-hambaNya... maka ia datangkan pelbagai pertolongan... dalam menghadapi derita dan kesakitan...

Seperti arwah mak... jika ada ahli keluarga yang sakit ... kami meneladaninya... moga Allah memberikan kami kekuatan dan kesungguhan dalam kewajiban mencari penawar yang telah dijanjikan Allah...

Melihat Tok Teh... mata kecilnya... sudah berubah warna... lewat usia tuanya... namun mata kecil itu akan dikejip-kejipkan jika dia tertawa atau beduka...

Rindunya pada anak cucu pada usia sebegini terlihat dalam menungnya yg panjang... adakalanya... diluahkan ... adakalanya.. perlu ditanya untuk dia meluahkan perasaan...

Apabila Tok Teh sesak nafas.. akibat athma yang dihidapinya... kami agak panik ... maklumla.. mengenang arwah mak dahulu... selesai solat subuh kami berkejar ke hospital.. Tok Teh diberikan gas.. berulang kali ... tapi masih sukar bernafas seperti biasa... akhirnya perlu disuntik steroid ... oksigen dalam darahnya kurang... air dalam badan juga kurang.. paru2 sebelah kirinya pula ada air/lendir...

Alhamdulillah seharian di wad separa kritikal.. Tok Teh dibenarkan pulang dengan permintaan Dr agar dibawa semula ke hospital jika keadaannya masih memerlukan rawatan...

Keadaan Tok Teh kami pantau...ubatnya..air yang perlu diminum setiap hari... inshaaAllah .. moga Allah sembuhkan dan permudahkan kesembuhannya dan .. moga Tok Teh beroleh kerehatan dan ketenangan di hari tuanya.. amiin ya Rabb

Wednesday 4 December 2013

Istanbul - Datanglah dengan ilmu dan hati - 1


Assalamualaikum wbt,

melihat adi Ammar yang meninggal dunia dalam mencari ilmu sejarah Ottoman... mengingatkan aku pada ziarah kami ke Turki lama dahulu....

perjalanan ke Istanbul adalah perjalanan hati yang membawa kepada sejarah kehebatan khalifah Islam Sultan  Muhammad al-Fatih yang berjaya menakluk Konstantinopel.

Surah Annur 24:55

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Berjalan kaki di Istanbul dan meneroka kesan sejarah kegemilangan Ottoman (Uthmaniah) memang mendatangkan kepuasan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. 

Kami menginap di kawasan Sultanahmet kerana merasakan inilah kawasan yang boleh kami berjalan kaki tanpa perlu mengambil pengangkutan lain di Istanbul kerana ianya berdekatan dengan semua tempat sejarah, muzium (muze/muse dalam bahasa Turki). Berbekalkan sedikit pengalaman ke Istanbul untuk menghadiri persidangan pada tahun 2011 dan terima kasih kepada blog-blog yang banyak memberi pencerahan untuk bergelandangan di Istanbul, kami memulakan langkah dari Dedem Botique Hotel. Para pembaca jangan terpesona sangat dengan gambar di link ini kerana ianya hotel biasa yang mampu untuk orang biasa macam kami .. keadaan hotel ini tidaklah mewah ianya agak sederhana tidak kecil dan tidak besar tapi bolehla .. untuk bajet orang Malaysia dan kedudukannya yang dekat dengan  kawasan pelancongan dan makanan, kedai runcit murah sangat mudah didapati di sini... http://www.dedemhotel.net/en/index.html

Hari pertama berjalan kaki dari hotel .. di sekitar kiri dan kanan boleh dilihat gerai roti dan deretan kedai ...





Destinasi pertama adalah masjid Nurousmaniye berhadapan Grand Bazar. Masjid ini dibina oleh Sultan Mahmud I pada tahun 1749 dan siap pada tahun 1755 dengan rekabentuk arkitektur Baroque (merupakan rekabentuk bangunan pada era Baroque yang bermula pada kurun ke -16 di Itali.




Dihadapan masjid Nurousmaniye kami jumpa pakcik ni...













Surah al-Rum 30:9
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Saturday 14 September 2013

Pengkebumian Bonda Asmah Talib di Makkah al-Mukarramah

Mak... kematianmu mendidik kami ...mengenal erti kehidupan dan kematian...moga Allah mengurniakanmu syurga firdaus ... golongan muqarrabin .. dan berehatlah dalam kasih dan cinta Allah .. amiin

Inilah sumbangan terakhir suami mengangkat jenazah ibu ke liang lahat bersama mutawwif Andalusia dan pekerja2 di Arab Saudi.. terima kasih moga Allah membalas jasa baik kalian di dunia dan di akhirat ..amiin


video 1

video 2

video 3

Monday 5 August 2013

KIta memang tidak sempurna...

Assalamualaikum wbt,

Sebagai manusia .. memang kita tidak pernah sempurna.... tulisan ini adalah respons saya bila diajukan soalan berkaitan masalah rumah tangga ... saya tidak pernah sempurna begitu juga pasangan saya dan keluarga saya .. yang sempurna dan memiliki semua kesempurnaan hanyalah Allah.. kerana Dia bukan manusia... Dia yang Maha Cantik... Maha Mencintai... Maha Memahami... Maha Mengetahui segala-galanya yang terpendam di hati atau diluahkan melalui tutur kata mahupun perbuatan kita...

Dalam kehidupan kita tak selalunya betul dan orang lain tidak selalunya salah... 

Apabila berlaku ketidak sefahaman dalam rumah tangga ... ada yang perlu beralah... bila seorang bersuara tinggi ... yang seorang lagi .. perlu berdiam diri ... yang seorang sedang marah membara .. yang seorang lagi perlu menyiramkan air.. 

Bagaimana kalau kita tak nak mendiamkan diri... tidak mahu menjadi air?... ehmm .. itu bererti kita tidak sayangkan rumah tangga ... tidak sayang pada anak-anak yang menjadi cahaya mata kita sekian lama... walaupun pasangan kita salah ... sebenarnya bertindak mendiamkan diri bukan bererti kita tidak boleh menerangkan tentang betapa "benarnya" kita... cuma masa itu tidak sesuai.. tunggulah pasangan itu "sejuk" dahulu...

Jika isteri atau suami kita membebel atau naik angin... mesti ada banyak sebab... mungkin badan penat... banyak sangat kerja yang perlu dilakukan... ada masalah yang belum selesai dalam mindanya...dan macam2 lagi...

Jika kita bergaduh macam nak rak ... dan masing2 suka nak melepaskan geram masing-masing .. lepas tu masing2 merajuk ... cuba fikirkan semula ... apa akan terjadi dengan diri kita jika salah seorang dari kita tiada... tiada dalam erti kata .. bercerai/sakit/mati/berpisah dan lain2... apa akan jadi dengan anak-anak... anak-anak adalah sumber kasih sayang yang Allah anugerahkan kepada pasangan... jika mak ayah bergaduh... anak2 selalunya yang merapatkan semula pasangan... sebab anak2 adalah pengikat kasih.. anak2 memerlukan perhatian dan kasih sayang.. amanah yang tidak boleh dilupakan... cuba tanya orang yang tiada mak... atau tiada ayah... atau mak ayahnya berpisah... apa agaknya perasaan anak-anak tersebut... anak2 lah yang sebenarnya paling cepat terasa impaknya bila berlaku penceraian atau masalah dalam keluarga... tidak banyak bilangan  anak2 yang terlibat dalam keluarga yang porak peranda boleh berjaya menenangkan jiwa mereka sendiri.. terutamanya anak2 yg masih kecil yg belum mengerti tentang kehidupan...

Anak-anak kecil amat halus jiwanya... walaupun mungkin tidak diluahkan ketika berlakunya krisis dalam rumah tangga.. kesannya akan menjadikan jiwanya penyedih... kurang keyakinan diri... kurang pandai bergaul... lebih suka bersendirian... sangat sensitif -amat mudah terluka walaupun denagan perkara kecil...

Sesungguhnya ... setiap permasalahan mempunyai jalan keluar.. setiap sakit .. Allah sediakan ubatnya.... sebagai manusia kita perlu berusaha... 

pengajaran dari kisah seekor burung kecil yg cuba membantu nabi Ibrahim alaihissalam .. walaupun kecil dan paruhnya boleh muat sedikit air sahaja tetapi ia cuba juga nak padamkan api yg membakar nabi Ibrahim... kata burung kecil .. kepada yg mengejek2nya.. " aku takut Allah akan bertanya tentang usahaku di akhirat kelak"... jgn jadi seperti cicak walaupun kecil tapi cuba menghembus angin kepada nabi Ibrahim supaya api bertambah marak.. sebab tulah sunat kita bunuh cicak.. sehinggakan Saidina Fatimah puteri Rasulullah saw menyediakan tombak di dinding untuk mempermudahkannnya membunuh cicak...

Bagaimana jika ada orang ke tiga... mak ayah yang masuk campur... atau ada ada wanita/lelaki lain yang mengorat pasangan kita...

apabila berhadapan dengan masalah ibu bapa dan pasangan.. kenalah bijak mengadilinya... ibu bapa... kita memang tak boleh derhaka... selagi yg dikatakan itu perkara yg baik dan tidak derhaka pada Allah.. jika dirasakan tinggal sebumbung tidak sesuai antara isteri/suami dan ibu bapa .. carilah rumah lain untuk tinggal bersama keluarga dan jangan dilupa untuk mengambil berat dan ziarah ibu bapa kita... berikan penerangan/alasan yang baik kepada ibu bapa ... redha Allah adalah dari redha ibu bapa... di sini pengetahuan dan kesedaran untuk berbakti kepada ibu bapa amat penting.. bedoalah agar kita menjadi anak yang berbakti samada kepada ibu bapa sendiri atau kepada mertua... berdoalah agar tkita tidak melukakan hati mereka...

kalau pasangan anda ada "orang lain"... ehm ... macamana nak buat... memang hati isteri/suami akan membara jika tengok pasangannya ada orang lain yang suka .. atau terlebih2 melayani pasangannya... ini soal hati ... hati yang baik... inshaaAllah akan dipandu Allah untuk memilih mana yang baik ... mana yang buruk... sifat curang pada pasangan bukanlah sesuatu yang diredhai Allah.. untuk mendapat redha Allah kenalah rajin2 bersolat jemaah dengan isteri/suami dan anak2 di rumah .. apabila suami tidak ke masjid/surau ... kerana sesuatu yang dilakukan berjemaah terutamanya solat akan diadili oleh Alllah.... kasih Allah pada kita bukan sahaja menjadikan kita lebih tenang malahan akan merapatkan kasih sayang kita suami isteri dan anak-anak... dengan syarat perlu dilakukan dengan ikhlas kerana beriman kepada Allah semata2 ...

Bagaimana pula bagi yang tidak dikurniakan anak... sedangkan orang lain dikurniakan anak.. sedangkan kita telah berusaha sekian lama...di sini juga perlunya kesabaran dan kesedaran bahawa Allah memberikan apa yang kita perlukan ... bukan apa yang kita mahukan... namun usaha mengambil anak orang lain juga adalah usaha terpuji ... bukan kecil kesannya pada jiwa dan keluarga... bukan calang-calang pengorbanannya.. ianya perlukan kekuatan jiwa untuk menerima zuriat lain... menyayanginya seperti anak sendiri... tambahan lagi jika berusaha menyusukannya untuk menjadi ibu susu .. walaupun bukan ibu kandung secara biologinya... kerana Allah tidak mengizinkan kita membin/bintikan anak angkat kepada bapa angkatnya... kerana ia bukan zuriat si suami tersebut...ianya tidak akan menjadi anak kita walaupun kita menyayanginya... susuan yang mencukupi kadarnya kepada anak .. akan menjadikan anak yang bukan mahram kepada ibu bertukar menjadi mahram ... ibu susuan adalah seperti ibu sendiri .. yang tidak halal untuk dinikahi oleh anak... masalah aurat dan harta warisan kelak inshaaAllah akan dipermudahkan Allah...

sungguh... kita tidak sempurna... yang menulis inipun tidak sempurna.. tidak pernah maksum... namun kesedaran atas ketidaksempurnaan inilah yang menjadikan kita sentiasa meminta-minta pada Allah .. meminta dicukupkan segalanya ... hati yang tenang, cekal dan tabah dalam kehidupan... dicukupkan keperluan walaupun dengan yang sedikit... dipandu dalam kehidupan... dikuatkan untuk beribadah dengan tulus ikhlas... dipermudahkan dalam segala urusan kehidupan dan kematian... semuanya ini perlu diminta.. dan diminta... dan diminta ... tanpa putus asa... sebelum menemui Dia yang Maha Sempurna yang sesungguhnya amat mengetahui segala kesalahan dan kekurangan kita...

Ya Allah ... sesungguhnya Engkau menjadikan ramadhan ini mulia... maka ampunilah kami, rahmatilah kami, kasihanilah kami .. satukanlah hati-hati kami untuk mencari redhaMu .. dan jadikanlah eidul fitri kami sebagai kemenangan menghadapi kebatilan .. menghadapi permasalahan ... kemenangan atas segala kesabaran dan ketabahan....kesembuhan dari pelbagai penyakit ... ketenangan dari segala kecemasan dan getir dalam kehidupan....terimalah doa kami ya Allah... yang lemah ... yang bersalah...dan hina ini ... amiin ya Rabb

Sunday 4 August 2013

Dunia Akan Berlalu…Akhirat Pasti Datang

Dipetik dari:
http://blog.upsi.edu.my/heai/2011/03/23/dunia-akan-berlaluakhirat-pasti-datang/#comment-13048


Allah Taala berfirman:

Pada masa berlakunya “tiupan sangkakala yang pertama” yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan), Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
                                                                                                         Surah An-Naazi’at (79): 6-8

Ketika berlakunya kiamat gunung-gunungpun berjalan laksana awan, maka jadilah ia laksana fatamorgana, bumi bergoncang dengan dahsyat bagaikan perahu di tengah lautan yang sedang dipermainkan ombak, bumi menggoncang penghuninya bagaikan lampu yang bergantung ditiup angin.

Ketika itu, wanita-wanita yang menyusui anaknya akan meninggalkan anak tersebut, wanita-wanita hamil melahirkan kandungannya, manusia berlarian kerana terkejut lalu mereka dihadang oleh malaikat dan dipukul muka-muka mereka sehingga mereka kembali, kemudian mereka berbalik dan saling panggil memanggil dan dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba bumi meninggi dari satu tempat ke tempat yang lain, lalu mereka melihat perkara-perkara yang luar biasa tidak pernah mereka melihat kejadian seperti itu, itu membuat mereka demikian takut, tiada yang mengetahui betapa hebatnya kekuatan itu selain Allah, mereka melihat ke arah langit ternyata langit bagaikan perak yang mencair, tiba-tiba langit terbelah dan bintang-bintang berhamburan, matahari dan bulan tertimpa gerhana.

Dipetik dari: Abul Fidaa’ Ismail bin Katsir Al-Quraisy (Ibnu Kathir) (2004). Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Kiamat. Taat Amrullah & Harun Arrasyid Hj Tuskan (terj.), Disemak oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz. Kuala Lumpur: Darul Fajr, h. 302.

Tuesday 23 July 2013

Saat kematian itu datang

Assalamualaikum wbt,

Ramdhan Kareem .. Allah hu akram... semoga Allah memayungi kita dengan keberkatan ramadhan yang dimuliakannya.. amiin..

Kuceritakan ini sebagai pengajaran kepada diri dan keluarga jika menghadapi sebarang kematian pada keluarga, sahabat handai.... mahupun kematian pada diriku sendiri...

Setiap hari .. ada rindu pada arwah mak.. pada ketika itu jugalah ada kenangan melihat saat-saat terakhir kematian yang menjadi pengajaran besar untukku dari Allah ya Waduud.. yang maha pencinta..

Sebenarnya kematian adalah milik setiap individu.. ada kalanya jika Allah bukakan lisan .. maka dapatlah dibicarakan pada orang lain.. jika tidak lidah akan kelu .. hanya kita yang tinggal akan dapat mengambil pengajaran setelah kematian itu berlaku...

Mengenang mak .. yang meninggalkan kenangan selama 8/9 hari kami bersamanya ... kami menguntaikankannya satu persatu setiap kali duduk2 atau baring2 atau dalam perjalanan..

Kata-kata mak sebelum kematian .. kebanyakannya serius .. tiada gurauan .. maksudnya.. bukan buat lawak .. seperti kita yang masih lagi lalai dengan hilai ketawa dunia...

Begitu juga dengan tindakannnya.. kasih sayangnya.. dan ibadahnya...

Pernah aku terbaca .. jika kematian sudah hampir.. hati manusia akan bertambah rindu untuk bermaaf-maafan.. dalam konteks mak.. dia begitu meluahkan kasihnya yang cukup  dalam ...kepada aku terutamanya untuk mengisi  saat-saat yang masih dimilikinya...

Bila aku mengingat mak dalam 8/9 hari bersama itu... dan kubandingkan dengan kisah 100 hari sebelum kematian... ternyata benar.. menurut adik . anak bongsuku .. bila dia terjaga tidur .. dia tengok wan mengadap cermin dan memeriksa wajahnya... mak bukanlah orang yg suka bercermin ketika hidupnya... mungkin mak melihat wajahnya.. telinganya yang sudah mula jatuh...

Adakalanya kami buat lawak .. tapi mak serius .. hanya senyum sahaja yang terukir dibibirnya... bila tengok mak serius .. kami diam .. sebab rasa lawak kami tak kelakar...

Mak seolah-olah menunggu-nunggu kematiannya.... selepas mendapat injection di Madinah .. mak bercakap dengan nada serius .. "ingatkan dah mati tadi"... cuma aku yg positif .. menyatakan pada mak .. "Allah masih panjangkan umjur mak.. inshaaAllah mak sihat"...

Bila mak dah mula kehilangan nafas .. ayat Qur'an adalah teman sejati mak.. tidak pernah putus... tidak mahu berhenti .. walaupun disuruh doktor.. sehinggalah aku meminta pada mak untuk berhenti seketika sebab doktor nak mendengar denyutan jantung mak... mak akur pada kataku..

Mak memang sentiasa mendengar kata-kataku .. tiada bantahan .. tiada cadangan... Alhamdulillah aku bersyukur aku tidak menyuruh mak melakukan perkara yang melalaikan atau mengajaknya berbual perkara2 yang merugikan... syukurku yang tidak terhingga pada Allah yang menghalang aku dari berbuat demikian...

Sesungguhnya amat jahilnya aku tentang kematian... bila mak berpeluh-peluh dalam wad kecemasan kusangkakan disebabkan oleh air/ubat yang dimasukkan oleh doktor.. sedangkan 2 tahun lepas ketika dia sakit di hospital.. sakit yg sama.. ceret beret juga.. tiada pula dia berpeluh begitu... selepas kematiannya ... aku sedar ianya adalah tanda husnul khotimah...

Waktu mak berpeluh-peluh dia agak gelisah... aku letakkan tangan di dahi dan wajahnya sambil menyapu peluh... dari keadaan gelisah mak bertukar menjadi tenang dan diam bila ada sentuhan dariku.. ini situasi pelik yang kurasakan .. tapi tak mampu diceritakan kepada keluarga ketika itu... begitu juga bila mak kehilangan nafas dan kaki membengkok ke bawah ... aku memeluknya dan mak hilang kegelisahan dan tidak meminta gas dariku lagi ... ya Allah ini pengajaran untukku... setiap manusia pasti akan gelisah menghadapi sakaratul maut .. melihat malaikat izrail... menanti cabutan ruh.. sungguh ...bila aku mengenangnya aku takut dan risau untuk menghadapi saat ini.. dan Allah menajdikan naluriku untuk memeluk dan membelai mak .. satu ketenangan padanya ketika menghadapi sakaratul maut... Allah juga memalingkan wajahku untuk melihat kaki mak... sedangkan sebelum itu tidak pernah terlintas dalam hatiku untuk melihat kakinya...terima kasih Allah ...

Terima kasih Allah kerana mengingatkan ku untuk berzikir dan berdoa untuk mak ketika berada di sampingnya... tidak terlalu bersedih dan mengikut rasa hatiku ketika itu.. menjaga pantang larang ihram dan bersabar dengan keadaan sedemikian... Alhamdulillah

Terima kasih mak.. kerana menyayangiku... memberi didikan terakhir dengan kematianmu... aku berharap dan berdoa kepada Allah agar boleh bersedia seperti mak untuk menghadapi kematianku sendiri...

Al-Fatihah .. dan surah al-Ihklas untukmu selalu mak .. inshaaAllah ... amiin


Thursday 11 July 2013

Hafal, ingat makna.. baca hari-hari dan amalkan inshaaAllah

Surah Ali Imran 3: 26-27  3:26

Sahih International
Say, "O Allah , Owner of Sovereignty, You give sovereignty to whom You will and You take sovereignty away from whom You will. You honor whom You will and You humble whom You will. In Your hand is [all] good. Indeed, You are over all things competent.
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

3:27
Sahih International
You cause the night to enter the day, and You cause the day to enter the night; and You bring the living out of the dead, and You bring the dead out of the living. And You give provision to whom You will without account."
Malay
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan 1434 Hijrah- 2013

Alahmdulillah .. Allah memberikan kami peluang untuk bertemu ramadhan lagi .. kali ini inshaaAllah kali terkahir di UK sebelum pulang.

Ucapan ramadhan kareem untuk semua dan di jawab dengan Allah hu akram... bermaksud ramadhan yang mulia dan jawapannya adalah sesungguhnya Allah lah yang Maha Mulia...

Ramadhan kali ini berbeza.... bagi hati seorang anak .. yang ibunya telah pergi mengadap Illlahi.. ada kesayuan .. ada kerinduan... ada kenangan yang perlu diambil pengajaran .. dan ada kewajiban meningkatkan iman dan ketakwaan

Bukan mudah untuk semua ini... namun ianya mudah bagi Allah untuk memberikan rahmat dan keampunan kepada hamba yang dikehendakiNya... oleh itu berdoalah duhai hati .. mintalah kekuatan... mintalah rahmat dan kasih sayang ... mintalah keampunan dari Tuhan yang hartaNya dan kasih sayangNya tidak terhitung ..

Sebelum Ramadhan ada tamu yang Allah datangkan ke rumah ... menceriakan jiwa... membawa pulang dosa-dosa.. menghiburkan jiwa....

Hari pertama ramadhan ini .. agak sejuk ... nyaman .. tidak seperti semalam yang panas mencecah 30 darjah celcius...  awan mendung .. menurut perintah Tuhan memayungi makhlukNya yang berpuasa dan beribadah .. seolah menyambut kehadiran ramadhan yang dimuliakan Allah....

 Hari ini ada rakan yang datang menjenguk ke rumah membawa ole2 dari Oman... dia kehilangan bondanya sebulan sebelum mak mengadap Allah di Mekah... kami berkongsi rasa yang sama... bersedih .. namun bersyukur dalam segala ketentuan Tuhan...

Anak-anak pulang dari sekolah.. masing-masing sibuk membicarakan hal-hal yang berlaku di sekolah ... tentang keprihatinan guru-guru mat saleh mereka terhadap anak-anak murid yang berpuasa... begitu juga rakan-rakan yang tidak seagama turut .. bertanya itu dan ini...

Mendidik anak-anak bukanlah perkara mudah .. terutamanya mendisiplinkan mereka untuk besolat, mengaji dan menghafal al-qur'an setelah penat di sekolah...

Namun keberkatan dan nikmat ramadhan ini....Allah datangkan dalam pelbagai perkara... anak-anak lebih mudah tenang sewaktu perut mereka kosong ... mudah menerima arahan... moga segalanya ini berterusan walaupun setelah ramadhan.....

Alahmdulillah ada yang "sponsor" untuk anak2 menghafal al-Qur'an di bumi lboro .. memberikan motivasi ... bukan sahaja kepada anak2 tetapi juga ibu bapa... moga al-qur'an, menjadi sahabat di dunia ini, menerangi kubur kita apabila telah mati dan bersaksi di akhirat kelak bahawa kita pernah membacanya, menghafal,cuba memahami maknanya dan beramal dengannya..

Ya Allah ya Rahman ya Rahim dan Tuhan yang memiliki nama-nama yang indah... Selawat dan salam untukmu Nabi Muhammad Saw .. yang dikasihi Allah ...

Ya Allah ampunkan dosa ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil .. berilah sebaik-baik kurniaanMu ya Allah dan tinggikan darjat mereka .. dan ampunkan seluruh umat Islam di padng mahsyar kelak....

Ya Allah kuatkan kami untuk melakukan ibadah pada ramadhan yang mulia ini... bersihkanlah hati kami dari segala sifat mazmumah... sihatkanlah kami ... bangunkan kami untuk bertahajud dan sahur... kuatkan kami berpuasa.. tundukkan segala pancaindera terhadap perintahMu ya Allah... rajinkan kami membaca al-Qur'an .. jadikan solat kami solat yang khusyuk... harta kami ... harta yang bersih... terimalah segala amal ibadah kami... tunjuki kami jika kami tersalah... ampunilah kami... matikanlah kami dalam keadaan redhaMu ya Allah dan dilepaskan dari siksa kubur, siksa neraka dan dimasukkan ke syurgaMu tanpa hisab... amiin ya Allah .. amiin ya Rahman amiin ya Rahimm

Wednesday 12 June 2013

Demam .. fizikal dan spiritual




Dah dua hari angah demam panas... itu bermakna ..setiap kali dia demam panas.. setiap 4 jam atau 6 jam kena umminya bersedia dengan ubat dan di selang seli dengan air untuk di lap pada seluruh tubuhnya.. demam angah bermakna.. pengorbanan masa ummi siang  dan malam  untuk merawatnya... ummi kena sabar.. 1% kasih sayang yang Allah kurniakan pada makhluknya ada dalam jiwa setiap ummi.. mak...ibu..mama... hatta ibu kudapun akan mengangkat kakinya ketika menyusukan anaknya..

Demam ini memang sifatnya fizikal... tetapi ianya tidak lari dari pautan spiritual ... selain makan ubat.. berdoa.. bersabar.. kasih sayang.. dan tanggugjawab amat diperlukan...

Sebagai manusia .. berusaha itu memang kewajiban.. makan ubat on time.. berdoa tanpa henti.. menjaga dan merawati .. namun yang menyembuhkan adalah Allah Rabbul Izzati ... bertawakkal lah duhai hati...

Memang sedih melihat anak yang sihat.. ceria .. penghibur hati... tiba2  menjadi diam .. tidur tidak bermaya.. itulah sunnatullah ... setiap yang sihat lawannya sakit.. setiap yang muda pasti akan tua.... yang lapang .. adakalanya sempit... yang kaya adakalanya bertukar miskin .. dan yang pasti hidup pasti akan mati...  

Apabila menghadapi demam dan penyakit fizikal ini ada ingatan dari Tuhan... ada kelapangan dari kerja-kerja seharian.. ada fokus minda dan kasih sayang yang perlu diutamakan...

Jika di Malaysia .. pergi je klinik .. boleh dapat antibiotik dan ubat demam yang boleh masuk terus ke punggung jika suhu badan tinggi... di sini berbeza... sekolah, klinik memang free untuk anak2 yang bersekolah di sini... tapi selalunya para doktor tidak melazimkan pemberian antibiotik ... antibodi biar terhasil sendiri dari badan yang sakit... huhuhu .. untuk menunggu semua itu memang terasa seperti cacing kepanasan bagi seorang ibu...

Namun yang paling utama tentang penyakit yang menjadi dugaan pada makhlukNya adalah.. keyakinan sebenar tentang erti kesembuhan... jangan tersilap... dalam sanubari paling dalam perlu ada keyakinan yang setiap penyakit ada ubatnya .. ada penawarnya.. kerana yang Maha Agung itu tidak pernah terlupa bahawa setiap yang ditimpakan pada makhlukNya mempunyai jawapan .. Dia tidak pernah zalim ...Dia tidak pernah meninggalkan kita... hanya menduga dengan sedikit kesakitan dan kesabaran untuk mendapat kasih sayangNya yang 99% lagi... jika seorang ummi merasakan kasih sayangnya cukup besar untuk anak-anak ...itu hanya 1% daripada kasih yang Allah berikan di dunia ini... kasih sayang yang tidak mampu dilupakan oleh anak-anak.... kasih tulus yang tidak dapat dibeli dengan harta dan dunia yang fana....ada 99% peratus lagi yang Allah simpankan .. sesungguh nya kasih sayang Allah melebihi amarahNya... mengejar kasih Allah ... mendambakan kesabaran... kecekalan... keimanan...

Ya Allah .. ampunkan kami ... jangan Kau hukum kami jika kami bersalah... ampunkan kami... tunjukkilah kami... jangan Kau bebani kami dengan beban yang tidak mampu kami tanggung sebagaimana orang-orang yang terlebih dahulu dari kami... luaskanlah rezeki kami.. sihatkanlah kami... jauhkan segala bala ... lindungi kami dari kaum yang zalim... bantulah kami terhadap kaum yang kafir dan masukkanlah kami ke syurgaMu tanpa hisab... amiin


Monday 13 May 2013

Perjalanan Mencari Ilmu - Cekallah duhai hati

Assalamualaikum wbt,


Perjalanan mencari ilmu bukanlah perjalanan mudah. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi sang pencari. Mencari ilmu di peringkat manapun ada cabaran tersendiri. Sebagai seorang Islam, asas utama yang dijadikan rujukan adalah al-Qur'an. Sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah.



al-Baqarah 2: [269]


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. 


Bagi si pencari ilmu, mencari ilmu memerlukan keikhlasan. Niatkanlah mencari ilmu kerana Allah semata-mata.


Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. 



an-Nisa' 4: [32]

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 


ali-Imran  3:[145]


Sesungguhnya cabaran mencari ilmu ini bukanlah berlaku pada zaman ini sahaja. Ianya telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Qur'an tentang kisah nabi Yusuf yang diduga pelbagai dugaan bermula dengan saudara sendiri, dipenjarakan dan kemudiannya diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah serta diangkat menjadi Gabenor Mesir.



Yusuf 12:[21]


Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. 

Yusuf 12:[22]

Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.


Namun setelah dikurniakan nikmat kehidupan dan ilmu pengetahuan, bersyukurlah kepada Allah dengan mengikuti suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, beramallah, ajarkanlah ilmu pengetahuan tersebut dan bergaullah dengan orang yang soleh.



Yusuf 12:[101]


"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". 


Monday 6 May 2013

Egypt - Ziarah Mesir

Kami menziarahi Mesir bersama arwah mak pada 23 Mac 2013. Al-Fatihah untuk mu mak. Mak bertolak dari KL 22 haribulan dan sampai pada 23 haribulan di Cairo.

Ini pemandangan dari atas bas semasa perjalanan dari airport.


 Rumah-rumah penduduk di Cairo 1
 Rumah-rumah penduduk di Cairo 2


Kesian mak.. masa tu penat sangat .. sebab duduk 9 jam dalam kapal terbang .. lepastu terus ziarah cairo... stop pertama adalah Sadat Tomb 


 Unknown Soldier Memorial and Anwar Sadat Tomb - Tempat berbentuk piramaid ini dibina sempena mengingati pahlawan yang telah terkorban ketika perang pada thun 1973

Ada meriam dan ada unknown soldier di kawasan ni

Pemandangan dari atas bas
Sungai Nil - Sungai terpanjang di dunia dan dikongsi oleh banyak negara  Tanzania,UgandaRwandaBurundiDemocratic Republic of the CongoKenyaEthiopiaEritreaSouth SudanSudan dan Egypt



Ini merupakan kawasan subur di pinggir Cairo yang ditanam kurma dan lain2 tanaman yang tak dapat dipastikan 




-         Tasik Qarun di Fayoum - Perjalanan memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit dari Cairo - Ini merupakan Kekayaan tersembunyi di dunia Arab. Tasik Qarun ini merupakan tasik air masin dan di sekitar persisiran tasik tersebut penuh dengan kulit-kulit kerang dan siput. Keluasan Tasik Qarun ini seluas 55,000 hektar, manakala tasik tersebut adalah merupakan sebahagian daripada harta-harta Qarun yang telah ditenggelamkan oleh Allah Taala. Difahamkan untuk membawa kunci-kunci gudang sahaja Qarun, sebanyak 100 ekor unta diperlukan. boleh baca di blog http://sejarahmesir.blogspot.co.uk/2008/03/tasik-qarun.html




Terdapat banyak perusahaan tembikar - Kami dapat melihat pemandangan ini di sepanjang perjalanan di Cairo 

 Ramai rakyat Cairo yang miskin .. tapi tetap berjuang meneruskan hidup dengan berniaga


kenderaan comel ni banyak di sekitar cairo

 keldai merata-rata di cairo
 masjid Imam Syafie
 Sicomel Auni dalam masjid Imam Syafie
 Pintu masuk masjid Imam Syafie
 Masjid Amr Ibn Aas


 Peniaga keci - rasanya nak pergi beli minuman .. apakan daya kami atas bas

 Penjual kambing di sepanjang jalan Cairo

 Tembikai

 Kami di Piramid Giza - Piramid ini dibangunkan untuk memakamkan raja2 Mesir kuno (firaun-firaun) - yang ini yang paling besar daripada semua kompleks piramid

 En Ahmad .. tour guide yang sangat bermaklumat dan menjaga kami dengan begitu prihatin -- terima kasih Ahmad



 Piramid-piramid kecil yang lain yang antaranya menempatkan isteri firaun


 ‘The Sphinx’ - wajah sphinx merupakan gambaran wajah firaun mesir kuno.
Sphinx ini terletak di dataran tinggi Giza, di pinggiran Kairo dan merupakan bagian dari kompleks piramida kuno Giza. Sphinx Giza, yang memiliki panjang 73,5 meter, lebar 6 meter, dan tinggi 20 meter merupakan struktur batu tunggal terbesar di dunia. Meskipun tidak ada bukti langsung mengenai usia, sphinx ini diyakini dibangun sekitar 4.600 tahun yang lalu. Wajah Sphinx Giza menggambarkan firaun dinasti keempat Khafra dengan lambang ular kobra di dahi. boleh dibaca di http://amazine.co/21738/sphinx-mesir-kuno-sejarah-deskripsi-sphinx-agung-giza/



Kenangan bersama mak dan kak Ami yang baik.. terima kasih kerana sudi mendengar dan memberi nasihat .. moga arwah mak-mak kita bahagia di sana .. ameen
 Bekas comel2 untuk meletakkan minyak wangi di kedai minyak wangi Al-Fayed  - Fouad Al fayed (sepupu Dodi Al Fayed yang mati bersama Putri Diana)

 Penerangan tentang bagaimana minyak wangi dibuat dan kesesuaiannya dengan pemakai

 Kedai kain kapas

 Masjid a-Azhar

 Indahnya senyumanmu mak.. ya Allah ampunkan mak dan ksihi dia sebagaimana dia mengasihiku sedari kecil .. ameen

 Perpustakaan dalam masjid al-Azhar

 Peniaga roti di hadapan masjid Al Hussein

 Bazar El Khalili iaitu yang terkenal dengan barangan permata, barangan kayu, kulit dan barangan buatan tangan


 Maqam Saiyidina Hussein cucunda Rasulullah saw : 
Baginda bersabda: “Kedua anak ini adalah anakku, dan anak puteriku. Ya Allah, sungguh aku mencintai keduanya. Maka cintailah keduanya, dan cintailah orang yang mencintai keduanya.” 

Husein terbunuh oleh orang yang bernama Syamr Ibn Dzi Jausyan, yang kemudian ia mendapat murka Allah, para malaikat dan kaum muslimin seluruhnya. 
Kepala Husein yang mulia tersebut dipindahkan dari satu kota ke kota yang lain, kemudian ke kota Asqalan. Di situlah penguasa setempat menguburkannya. Lalu ketika bangsa Eropah berkuasa pada waktu perang Salib, Thalaih Ibn Raziq menebusnya dengan wang 30.000 dirham agar kepala tersebut boleh dipindahkan ke Kairo dan dapat dikubur di tempat di mana ia mati syahid semasa hidupnya. 
Allah menghendaki agar peristiwa yang menimpa pada cucu Rasulullah itu berlaku adil. Tiga tahun kemudian Yazid Ibn Muawiyah mati dengan cara yang hina, iaitu jatuh dari kudanya ketika sedang mengejar monyet. Lehernya patah, kuku kaki kudanya patah dan meringkik tidak tentu hala. Adapun Syamr Ibn Dzi Jausyan, si pembunuh Husein ra., terbunuh oleh Mukhtar Ibn Abi Ubaid As-Tsaqafi, pelopor gerakan Tawwabin. Ia melemparkan jasad Syamr Ibn Dzi Jausyan agar dimakan anjing. Begitu pula nasibnya Ubaidillah Ibn Ziyad, terbunuh lalu dibakar. Sedangkan sisa-sisa pengikut Yazid Ibn Muawiyah mati terbunuh di tangan kelompok Tawwabin lainnya. boleh dibaca di 
http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/05/12/saidina-husain-cucu-nabi-saw/


 Pemandangan Iskandariah - sejauh 240 km dari Cairo


  Pemandangan laut Iskandariah yang indah

 memancingpun ada


 cenderahati di tepi pantai iskandariah berhadapan bangunan unknown soldier

 Masjid Mursi Abu Abbas - Masjid bersejarah yang terpenting di Iskandaria, Mesir, dan juga sebuah masjid yang sangat cantik, ia dianggap kepunyaan al-Mursi Abu'l-'Abbas. Bangunan kini dibina pada 1775, di atas kubur wali Sufi abad ketigabelas, boleh dibaca di http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Abu_el-Abbas_el-Mursi
 

 Masjid Mursi Abu Abbas 
 Masjid Mursi Abu Abbas 
 Masjid Mursi Abu Abbas 
 pemandangan bandar Iskandariah



 -           Montaza Palace & Gardens’(tempat penginapan “ King Farouk Last Kings of Egypt)

 bunga di sekitar  Montaza Palace & Gardens


 Anak dan cucu makcik jemaah umrah yg tinggal dan belajar di Iskandariah


Di hadapan Papyrus Institute Cairo


Dalam Papyrus Institute
 -                                   Salah El-Dien Citadel, Masjid Mohamed Ali Cairo

             Salah El-Dien Citadel, Masjid Mohamed Ali Cairo
             Salah El-Dien Citadel, Masjid Mohamed Ali Cairo

             Salah El-Dien Citadel, Masjid Mohamed Ali Cairo


 Ruang dalam tempat wuduk Masjid Mohamed Ali Cairo


Pemandangan dari atas bandar Cairo diambil dari Salah El-Dien Citadel, Masjid Mohamed Ali Cairo