Tuesday 25 September 2012

Soal Hati

Soal hati ... kadang sukar dimengerti... hati yang berbolak-balik.. sepi... cinta... rindu.. benci..

Sesungguhnya Allah maha mengetahui bahawa hati manusia itu mudah goyah ..laksana rerumput ditiup bayu... sekejap ke kiri ..sekejap ke kanan...

Hati yang kuat ... datang dari kasih dan cinta Tuhan... segala duka nestapa ditepis bagai air yang tetap mengalir walau menerjah batuan sepanjang perjalanan...

Hati yang teguh ... selalu melewati solat malam... menghirup wangian zikrullah tika  saat suka mahupun  nestapa... sentiasa terbangkit dan dibangkitkan

Hati yang tulus... perlukan latihan dan pengorbanan... tidak patah walau merentas arus ganas.. walau deras air mata mengalir... namun hati tetap berharap dan patuh pada Tuhan

Hati ... berpeganglah pada janji Tuhan .. bahawa pengorbananmu yang tulus akan terus kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang  ..

Dia Ya Rahman Ya Rahim dan segala namaNya yang indah...