Monday 13 May 2013

Perjalanan Mencari Ilmu - Cekallah duhai hati

Assalamualaikum wbt,


Perjalanan mencari ilmu bukanlah perjalanan mudah. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi sang pencari. Mencari ilmu di peringkat manapun ada cabaran tersendiri. Sebagai seorang Islam, asas utama yang dijadikan rujukan adalah al-Qur'an. Sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah.



al-Baqarah 2: [269]


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. 


Bagi si pencari ilmu, mencari ilmu memerlukan keikhlasan. Niatkanlah mencari ilmu kerana Allah semata-mata.


Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. 



an-Nisa' 4: [32]

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 


ali-Imran  3:[145]


Sesungguhnya cabaran mencari ilmu ini bukanlah berlaku pada zaman ini sahaja. Ianya telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Qur'an tentang kisah nabi Yusuf yang diduga pelbagai dugaan bermula dengan saudara sendiri, dipenjarakan dan kemudiannya diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah serta diangkat menjadi Gabenor Mesir.



Yusuf 12:[21]


Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. 

Yusuf 12:[22]

Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.


Namun setelah dikurniakan nikmat kehidupan dan ilmu pengetahuan, bersyukurlah kepada Allah dengan mengikuti suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, beramallah, ajarkanlah ilmu pengetahuan tersebut dan bergaullah dengan orang yang soleh.



Yusuf 12:[101]


"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". 


No comments:

Post a Comment