Monday, 7 April 2014

Al Hambra Granada

Assalamualaikum wbt... Segala puji bagi Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah

Kesan tinggalan usaha Rasulullah saw yang menghantar para sahabat  berdakwah di mana sahaja ... Islam di bumi Sepanyol dapat dilihat pada tinggalan-tinggalan di al-Hambra

Kami (2 keluarga) memulakan perjalanan dari bumi Lougborough ke Malaga pada Feb tahun 2012. Perjalanan kami dari lapangan terbang East Midland ke Malaga hanya mengambil masa 2 - 3 jam sahaja. Destinasi pertama setelah turun di airport Malaga adalah ke tempat kereta sewa yang telah kami "book" secara online di http://www.malagacar.com/ dari Lougborough lagi. Harga kereta sewa sangat murah di sini .. ianya berbaloi daripada menaiki teksi atau lain2 pengangkutan.

Setelah semua urusan kereta sewa selesai ... kami bertolak ke villa yang terletak di Benalmadena yang juga telah ditempah online di  http://www.alphaholidaylettings.com/. Harga yang murah dan rumah bungalow yang besar untuk kami 2 keluarga.


Ni salah satu bilik... kat bahagian atas... ada 3 bilik semuanya:


 Bila dah ada swimming pool... anak2 semuanya tak nak ikut pegi jenjalan ... kalau boleh nak mandi n bermain kat situ je...

Sewal pagi setelah sarapan ... kami memulakan perjalanan... yang dirancang sendiri... maklumla kami ramai anak kecil...


MasyaAllah... sepanjang perjalanan kami di sajikan dengan pemandangan bukit bukau dan tanaman pokok zaitun yang merupakan pengeksport utama dunia dan harga minyak zaitun di sini juga murah



Ladang-ladang zaitunnya saujana mata memandang

Kami sampai di al Hambra sebelum tengah hari... dan seperti biasa model yang tak perlu dibayar berposing di pintu depan kat kaunter beli tiket... di sini kami kena beratur panjang ... ramai orang sangat... maklum la cuti sekolah rasanya masa tu di eropah...


Kena amik gambar my photographer ni... sebagai tanda hormat n kasih ummi dia... sebab asyik amik gambar kami sampai takde gamba dia huhu..

Keindahan senibina dan khat Islam yang terukir di dinding al Hambra memang menakjubkan... Allah lah yang telah mengilhamkan pada mereka kehalusan jiwa dan bakat yang istimewa ini..



Sambil berposing di ruang tengah/taman al Hambra


Ukiran ini memang sangat unik dan sangat tinggi pula kedudukannya di bumbung ... Allah hu akbar... macamana la mereka bekerja pada masa tu... dengan hasil yg begini indahnya... 

Istana Alhambra didirikan oleh kerajaan Bani Ahmar atau bangsa Moor (Moria) dari daerah Afrika Utara. Bangsa Moor adalah penguasa kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Andalusia (Spanyol), Daulah Bani Ahmar (1232-1492 M). Kerajaan ini didirikan oleh Sultan Muhammad bin Al-Ahmar atau Bani Nasr yang masih keturunan Sa’id bin Ubaidah, seorang sahabat Rasulullah saw dari suku Khazraj di Madinah. - See more at: http://salam-online.com/2012/07/istana-alhambra-di-spanyol-warisan-kejayaan-masa-silam-kini-adzan-mulai-kembali-berkumandang.html#sthash.hEOPSbiH.dpuf

 Ada pula Ruangan Bersiram (Hausy ar-Raihan), ruangan yang berukuran 36,6 m x 6,25 m yang terdapat pula al-birkah atau kolam pada posisi tengah yang lantainya terbuat dari marmer putih. Luas kolam ini 33,50 m x 4,40 m dengan kedalaman 1,5 m, yang di ujungnya terdapat teras serta deretan tiang dari marmer; Ruangan Dua Perempuan Bersaudra (Baitul al-Ukhtain), yaitu ruang yang khusus untuk dua orang bersaudara perempuan Sultan Al-Ahmar; Ruangan Sultan (Baitul al-Mulk); dan masih banyak ruangan-ruangan lainnya, seperti ruangan Duta, ruangan As-Safa’, ruangan Barkah, Ruangan Peristirahatan sultan dan permaisuri. Di sebelah utara ruangan ini ada sebuah masjid yakni Masjid Al-Mulk. - See more at: http://salam-online.com/2012/07/istana-alhambra-di-spanyol-warisan-kejayaan-masa-silam-kini-adzan-mulai-kembali-berkumandang.html#sthash.hEOPSbiH.dpuf

Dari mulut singa airnya sentiasa mengalir untuk kegunaan mengambil wuduk


Kenangan kami di hadapan tiang-tiang indah al Hambra

Inilah peta kawasan al hambra .. alcazaba.. palacios nazaries

Setelah berpenat lelah di dalam dan di luar istana al-hambra yg sangat luas... ni la pulak tempat berposing..

kami balik ke malaga ... inshaaAllah pada entry lain kami akan ke Cordoba dan Gibraltar

2 comments:

  1. Beruntung Kak Nor dapat mengembara melihat ciptaan Ilahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan Allah... tq liza... moga setiap perjalanan ada hikmah dan ilmu yang boleh dikongsikan bersama inshaaAllah

      Delete