Sunday, 30 March 2014

Setahun Sudah Berlalu ....Doa kami sentiasa mengiringimu mak.. InshaaAllah

Assalamualaikum wbt...

Pada tarikh ini setahun yang lalu... mak telah pergi menemui Allah yang Agung dan Maha Mengasihi hamba-hambaNya...

Moga Allah yang kasihNya tidak terhitung itu menempatkanmu mak dalam redhaNya dan darjat yang tinggi....dapat menghirup wangian syurga dari kuburanmu ... atau apa sahaja yang lebih tinggi dari itu mengikut kasih dan rahmat Allah yang luas yang tidak dapat dijangkau  oleh fikiran makhlukMu....amiin

Terasa setahun yang berlalu itu umpama kelipan mata... kesedihan masih terasa... dan kerinduan tidak pernah padam...

Waktu untuk  menemui Tuhan juga semakin hampir saban hari....

Ampunkan kami ya Allah ... kerana terlalu banyak kesalahan dan kelemahan kami dalam mengharungi hidup... dan ampunkan ya Allah segala dosa mak yang gigih ... tabah... berpekerti baik... dan sentiasa berdisiplin dan taat dalam mengerjakan ibadatnya terhadapMu...

Dalam jiwa seorang anak... terdapat satu ruang khusus untuk ibunya... sangat istimewa di mata dan sangat istimewa kasihnya di hati yang paling dalam...

Dalam setahun ini... sebagai anak ... Alhamdulillah... doa kami tidak pernah putus... air mata sentiasa membahasi pipi dalam doa dan rindu tidak tertahan....

Dalam mengharungi  setahun ini.. juga... selepas pemergianmu mak...  Alhamdulillah... kami anak-anakmu dapat bertemu semula... menyambung silaturrahim... walau tidak sempurna.. kerana tanggungjawab dan tugas masing-masing...

Moga Allah membalas kasihmu mak... pada kami yang tidak berbelah bahagi... sedari kecil...
Moga Allah membalas jerih perih dan keringatmu membesarkan kami dengan susah payah...
Moga Allah membalas setiap kerisauanmu setiap kali kami sakit atau ditimpa musibah...
Moga Allah membalas setiap usahamu yang menyambung silaturrahim..
Moga Allah membalas setiap usahamu mengajar al-Qur'an ..dan mendidik kami mencintainya..
Moga Allah membalas setiap usahamu yang tegas mendidik kami mengerjakan solat di awal waktu...

Moga suara merdumu akan kedengaran dalam wangian syurgawi...kerana mendendangkan ayat-ayat suci al-Qur'an yang kau cintai..

Moga ketabahanmu dalam mencari sesuap nasi untuk kami dan adik2mu... menjadikan kau terkenal di kalangan ketua bidadari...

Moga basikal yang kau kayuh dengan lelah di dunia ini... digantikan dengan kenderaan yang tidak terhitung hebat dan indahnya dalam syurga Ilahi...

Moga rumah kecil yang kau diami di dunia... akan digantikan dengan rumah besar  dan indah di alam sana...

Moga hidupmu mak...yang sepi dan sendirian... ketika di dunia ... tanpa teman ...digantikankan dengan teman yag penuh kasih sayang .. oleh Tuhanmu yang tidak pernah meninggalkanmu dan sangat mengasihimu..

Mak ... kupohonkan doa ini dengan penuh kasih ... moga Allah Tuhanmu dan Tuhan kami semua... menerima segalanya samada yang kami pinta mahupun apa sahaja yang teristimewa untukmu...

Mak... moga Allah menjemput kami menunaikan haji dan umrah... lagi... dengan istimewa dan ikhlas semata2 untukNya...

Moga Allah mengizinkan kami menziarahi kuburanmu nun jauh di sana.. tanah suci .. Makkah al Mukarramah yang terdapat baitullah yang dimuliakan Allah...

Mak .. moga Allah merdhaimu dan meredhai kami semua ....dan dilepaskan kita semua dari siksa kubur, siksa neraka,  fitnah hidup dan mati...dilindungi kami yang masih di dunia ini dari fitnah al-masih dajjal dan ....dimasukkan kita semua  ke syurgaNya tanpa hisab...

Amiin ya Allah amiin ya Rahman... amiin ya Rahim... dan semua nama-namaNya yang indah...


No comments:

Post a Comment