Wednesday, 9 April 2014

Gibraltar Jabal Tariq

Gibraltar atau dikenali sebagai Jabal Tariq ini terletak di selatan Spain (Sepanyol). Pahlawan Islam terbilang Tariq bin Ziyad bersama tenteranya telah berjaya menakluk Gibraltar atas arahan Musa Ibnu Nusair. Usaha Rasulullah saw untuk menyebarkan Islam  ke seluruh dunia dapat dilihat dengan penaklukan Gibraltar dan sebahagian Sepanyol pada ketika itu oleh Tariq bin Ziyad.

Untuk memasuki kawasan Gibraltar ini... kereta yang kami pandu perlu beratur untuk melepasi kastam ... ini kerana Gibraltar sekarang ini adalah di bawah jajahan Britain ...setelah diserahkan oleh Sepanyol pada tahun 1713. Sambil beratur... sambil amik gambar kat bawah ni...di  sinilah suatu ketika dulu Tariq bin Ziyad dan tenteranya bertempur dan berjuang .... bukit/gunung batu ... masyaAllah tak dapat dibayangkan kegagahannya... 


Sampai sahaja di Gibraltar dan dapat parking di bawah stesen cable car... anak2 melepaskan lelah setelah sejam lebih duduk dalam kereta dari villa tumpangan kami di Malaga... ni ada meriam .. yg juga ada sejarahnya...

Kami berjalan kaki ke kaunter untuk beli tiket...


Pemandangan dari dalam cable car... ketika menaiki Jabal tariq...

Cable car sudah menghampiri ke stesen terakhir di puncak Jabal Tariq

Sesungguhnya ciptaan Allah itu ... tiada siapa yang mampu menandinginya... pemandangan laut dari puncak Jabal Tariq

Kenangan kami 2 keluarga ...yang mengharungi pelbagai dugaan bersama...


Indahnya berjalan kaki dipuncak ... tak penatpun sebab tadi naik cable car... jadi hanya berjalan sekitar 500m je..




Hati-hati di sini ada monyet.. dan keluarganya yang ramai... yang kadang kala boleh bersikap ganas... awasi anak2.. beg .. dan lain2 ... jangan sesekali menghulur makanan... bahaya...


Terdapat banyak tempat yang boleh dilawati seperti kat bawah ni... tapi kami lihat apa yang boleh sahaja ... sebab ... hari sudah semakin senja...


Kami turun menaiki cable car yang terakhir... dan posing kat taman botani kat stesen akhir cable car...

Dalam perjalanan mencari masjid di sini ... kami melalui terowong-terowong macam cerita Merlin...terowong lama...


Melalui kawasan pantai ... memang tak sah kalau tak amik gambar matahari terbenam dan kapal2 indah di pesisir Gibraltar...

Diseberang pantai ada bukit yang ada air terjun kecil ... sangat nyaman...


Alhamdulillah ... sampai juga kami masjid Gibraltar ini... yang berlatarbelakangkan Jabal Tariq...


Tiba masanya mengagungkan Pencipta yang memberikan kami keizinan sampai  ke sini...

No comments:

Post a Comment