Solat fardhu adalah merupakan kewajiban yang perlu
dilakukan oleh setiap umat Islam lima kali sehari pada waktu yang berbeza yang
telah ditetapkan oleh Allah Taala dan membantu keupayaan tubuh terutamanya
sistem darah dan jantung. Solat juga merupakan terapi psikologi yang membantu
jiwa menjadi lebih tenang dan menghilangkan tekanan perasaan yang disebabkan
oleh pelbagai masalah dalam kehidupan; yang paling signifikan adalah manusia
merasakan semua masalahnya sangat kecil di hadapan Pencipta yang Maha Agung.
Solat juga menghilangkan semua sumber tekanan pada diri manusia apabila
berlakunya perubahan pergerakan dalam solat secara konstan. Ini dikenali sebagai perubahan
yang membawa kepada kerehatan fisiologi yang sangat penting. Fakta Ini adalah
bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang memerintahkan umatnya
bersolat ketika menghadapi kemarahan dan telah terbukti bahawa solat memberikan
kesan yang pantas terhadap sistem saraf dengan memberi ketenangan dan
keseimbangan. Solat juga turut menjadi penawar kepada insomnia atau penyakit
sukar tidur yang disebabkan oleh kegagalan sistem saraf (Nor Azah Abdul Aziz et. al,
2008).
Solat adalah inti ibadah di
dunia. Ia merupakan bukti nyata keimanan dan keIslaman seseorang di alam
realiti. Solat merupakan elemen terpenting dalam syariat Islam (Misbah Em Majidy,
2009). Allah Taala memerintahkan agar solat
dilakukan secara berjemaah dan memohon pertolongan kepadaNya dengan cara
mengerjakan solat seperti berikut:
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah
zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Surah Al- Baqarah (2):43
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Surah Al- Baqarah (2):45
Setiap suruhan dan larangan Allah Taala
mengandungi hikmah sebagai contohnya posisi solat yang diriwayatkan dari
'Abdullah bin 'Umar (Zaki Al-Din ‘Abd Al-Azhim Al-Mundziri, 2004):
"Rasulullah
SAW mengangkat kedua tangannya ke atas hingga sejajar dengan bahunya ketika
memulai solat (takbiratul-ihram); ketika mengucapkan takbir untuk rukuk, dan
ketika bangkit dari rukuknya ia melakukan hal yang sama lalu mengucapkan sami
Allâhu liman hamidah, Rabbanâ walakal hamd. Dan Nabi SAW. tidak melakukan hal
itu (mengangkat kedua tangannya yang mulia) ketika sujud. [l:702-S.A.]
Kajian yang dilakukan oleh Nor Azah Abdul Aziz et. al, 2008 terhadap tekanan darah dan kadar denyutan jantung menunjukkan bahawa solat fardhu berjemaah menjadikan ianya lebih baik dalam ertikata lain solat menjadikan pengamalnya lebih tenang walaupun sebelum solat pelbagai aktiviti dilakukan seperti berjalan, berlari dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment