Mana tidaknya aku memang tidak pernah menyangka akan dapat menunaikan umrah dan haji dalam waktu yang muda ... maklumla aku bukan dilahirkan dalam keluarga kaya... namun Allah telah mentakdirkan aku dan suami menjadi tetamuNya...
Pada tahun 2011 aku dan suami amat bersyukur telah terpilih untuk menjadi tetamu yang Maha Agung... pelbagai dugaan telah kami lalui sebelum dapat menjadi tetamuNya... Alhamdulillah segala dugaan itu rupanya adalah tanda kasih Tuhan terhadap kami sbelum menunaikan rukun Islam yang kelima. Anakku sakit sebelum kami menunaikan haji... permohonan kami yang pertama juga telah kena reject... sampai aku mimpi bertemu ustaz daud che ngah .. dia kata dalam mimpi akutu " tak dapat pegi... tak percaya?"... aku memang tak percaya dengan mimpi tu sebab bunyinyapun kelakar... tapi sebenarnya memang tak kelakar bila aku dapat tahu memang aku kena reject dengan andalusia... tapi sebagai manusia yang dah hidupnya rencam aku memang jenis degil... aku cuba syarikat lain... banyak juga rasanya syarikat yang aku telepon tanya diorang amik tak lagi orang nak pergi haji... maklumla dah last minit... siapa nak terima....rupanya rezeki kami dengan felcra... Alhamdulillah... ini cerita aku masa dah dapat... tapi usaha untuk mengerjakan haji bukanlah usaha menelepon sana-sini sahaja...segala usaha itu tak kan berjaya punya kalau Allah tak menjemput aku ke sana.. kalau Allah tak mengizinkan pasti aku masih belum pergi haji lagi... aku nasihatkan sesapa yang nak pergi haji, umrah, belaja ke apake hendaklah diniatkan kerana Allah semata-mata... ikhlaskan hati... fikir positif ... niatkan aku mengerjakan haji ini semata-mata keranaMu ya Allah.. Tuhanku yang satu... buatlah solat taubat, solat hajat, solat tasbih...sujud syukur dan lain solat sunat... bersihkan harta dengan berzakat... jangan bawa duit dari sumber yang haram... mintalah petunjuk dari Allah...mintalah restu ibu bapa.. bermaaf-maafan dengan sesiapa sahaja... dan bacalah doa kat setiap tempat seperti buku doa yang dibekalkantu... aku memang syahdu setiap kali baca doa gi umrah atau haji... aku baca bahasa arab dulu pastu baca bahasa melayu... sebab aku tak paham bahasa arab... tapi semuatu tak menjadikan aku putus asa untuk berdoa sehabis tenaga pada Allah...
Menunaikan haji aku turun kat Mekah dulu... mula2 lebih kurang 1 jam sebelum sampai... kami kena niat kat miqat... ikutla miqat masing2 ...lepas tu bertalbiah... memang syahdu dan menggegar jiwa apabila bertalbiah.. labbaikallah hummalabbaik...hambaMu datang menyahut panggilanMu ya Allah...hati aku runtuh... air mata berderai... tak dapat nak gambarkan perasaan masatu... perasaan yg sama juga apabila melihat kaabah, bertawaf dan lain2... hati aku ni mencair dan macam lebur... air mata yang jatuh tu kengkadang tak sedarpun... sebagai manusia yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan... terasa begitu kerdilnya diri di hadapan Allah... kepadaNya aku terus meminta2 kerana Dia sahaja yang layak untuk meminta pertolongan ... perkenankan doaku ya Allah untuk menunaikan umrah lagi bersama mak, suami dan anak-anak amin.
No comments:
Post a Comment