Assalamualaikum wbt,
Sebagai manusia .. memang kita tidak pernah sempurna.... tulisan ini adalah respons saya bila diajukan soalan berkaitan masalah rumah tangga ... saya tidak pernah sempurna begitu juga pasangan saya dan keluarga saya .. yang sempurna dan memiliki semua kesempurnaan hanyalah Allah.. kerana Dia bukan manusia... Dia yang Maha Cantik... Maha Mencintai... Maha Memahami... Maha Mengetahui segala-galanya yang terpendam di hati atau diluahkan melalui tutur kata mahupun perbuatan kita...
Dalam kehidupan kita tak selalunya betul dan orang lain tidak selalunya salah...
Apabila berlaku ketidak sefahaman dalam rumah tangga ... ada yang perlu beralah... bila seorang bersuara tinggi ... yang seorang lagi .. perlu berdiam diri ... yang seorang sedang marah membara .. yang seorang lagi perlu menyiramkan air..
Bagaimana kalau kita tak nak mendiamkan diri... tidak mahu menjadi air?... ehmm .. itu bererti kita tidak sayangkan rumah tangga ... tidak sayang pada anak-anak yang menjadi cahaya mata kita sekian lama... walaupun pasangan kita salah ... sebenarnya bertindak mendiamkan diri bukan bererti kita tidak boleh menerangkan tentang betapa "benarnya" kita... cuma masa itu tidak sesuai.. tunggulah pasangan itu "sejuk" dahulu...
Jika isteri atau suami kita membebel atau naik angin... mesti ada banyak sebab... mungkin badan penat... banyak sangat kerja yang perlu dilakukan... ada masalah yang belum selesai dalam mindanya...dan macam2 lagi...
Jika kita bergaduh macam nak rak ... dan masing2 suka nak melepaskan geram masing-masing .. lepas tu masing2 merajuk ... cuba fikirkan semula ... apa akan terjadi dengan diri kita jika salah seorang dari kita tiada... tiada dalam erti kata .. bercerai/sakit/mati/berpisah dan lain2... apa akan jadi dengan anak-anak... anak-anak adalah sumber kasih sayang yang Allah anugerahkan kepada pasangan... jika mak ayah bergaduh... anak2 selalunya yang merapatkan semula pasangan... sebab anak2 adalah pengikat kasih.. anak2 memerlukan perhatian dan kasih sayang.. amanah yang tidak boleh dilupakan... cuba tanya orang yang tiada mak... atau tiada ayah... atau mak ayahnya berpisah... apa agaknya perasaan anak-anak tersebut... anak2 lah yang sebenarnya paling cepat terasa impaknya bila berlaku penceraian atau masalah dalam keluarga... tidak banyak bilangan anak2 yang terlibat dalam keluarga yang porak peranda boleh berjaya menenangkan jiwa mereka sendiri.. terutamanya anak2 yg masih kecil yg belum mengerti tentang kehidupan...
Anak-anak kecil amat halus jiwanya... walaupun mungkin tidak diluahkan ketika berlakunya krisis dalam rumah tangga.. kesannya akan menjadikan jiwanya penyedih... kurang keyakinan diri... kurang pandai bergaul... lebih suka bersendirian... sangat sensitif -amat mudah terluka walaupun denagan perkara kecil...
Sesungguhnya ... setiap permasalahan mempunyai jalan keluar.. setiap sakit .. Allah sediakan ubatnya.... sebagai manusia kita perlu berusaha...
pengajaran dari kisah seekor burung kecil yg cuba membantu nabi Ibrahim alaihissalam .. walaupun kecil dan paruhnya boleh muat sedikit air sahaja tetapi ia cuba juga nak padamkan api yg membakar nabi Ibrahim... kata burung kecil .. kepada yg mengejek2nya.. " aku takut Allah akan bertanya tentang usahaku di akhirat kelak"... jgn jadi seperti cicak walaupun kecil tapi cuba menghembus angin kepada nabi Ibrahim supaya api bertambah marak.. sebab tulah sunat kita bunuh cicak.. sehinggakan Saidina Fatimah puteri Rasulullah saw menyediakan tombak di dinding untuk mempermudahkannnya membunuh cicak...
Bagaimana jika ada orang ke tiga... mak ayah yang masuk campur... atau ada ada wanita/lelaki lain yang mengorat pasangan kita...
apabila berhadapan dengan masalah ibu bapa dan pasangan.. kenalah bijak mengadilinya... ibu bapa... kita memang tak boleh derhaka... selagi yg dikatakan itu perkara yg baik dan tidak derhaka pada Allah.. jika dirasakan tinggal sebumbung tidak sesuai antara isteri/suami dan ibu bapa .. carilah rumah lain untuk tinggal bersama keluarga dan jangan dilupa untuk mengambil berat dan ziarah ibu bapa kita... berikan penerangan/alasan yang baik kepada ibu bapa ... redha Allah adalah dari redha ibu bapa... di sini pengetahuan dan kesedaran untuk berbakti kepada ibu bapa amat penting.. bedoalah agar kita menjadi anak yang berbakti samada kepada ibu bapa sendiri atau kepada mertua... berdoalah agar tkita tidak melukakan hati mereka...
kalau pasangan anda ada "orang lain"... ehm ... macamana nak buat... memang hati isteri/suami akan membara jika tengok pasangannya ada orang lain yang suka .. atau terlebih2 melayani pasangannya... ini soal hati ... hati yang baik... inshaaAllah akan dipandu Allah untuk memilih mana yang baik ... mana yang buruk... sifat curang pada pasangan bukanlah sesuatu yang diredhai Allah.. untuk mendapat redha Allah kenalah rajin2 bersolat jemaah dengan isteri/suami dan anak2 di rumah .. apabila suami tidak ke masjid/surau ... kerana sesuatu yang dilakukan berjemaah terutamanya solat akan diadili oleh Alllah.... kasih Allah pada kita bukan sahaja menjadikan kita lebih tenang malahan akan merapatkan kasih sayang kita suami isteri dan anak-anak... dengan syarat perlu dilakukan dengan ikhlas kerana beriman kepada Allah semata2 ...
Bagaimana pula bagi yang tidak dikurniakan anak... sedangkan orang lain dikurniakan anak.. sedangkan kita telah berusaha sekian lama...di sini juga perlunya kesabaran dan kesedaran bahawa Allah memberikan apa yang kita perlukan ... bukan apa yang kita mahukan... namun usaha mengambil anak orang lain juga adalah usaha terpuji ... bukan kecil kesannya pada jiwa dan keluarga... bukan calang-calang pengorbanannya.. ianya perlukan kekuatan jiwa untuk menerima zuriat lain... menyayanginya seperti anak sendiri... tambahan lagi jika berusaha menyusukannya untuk menjadi ibu susu .. walaupun bukan ibu kandung secara biologinya... kerana Allah tidak mengizinkan kita membin/bintikan anak angkat kepada bapa angkatnya... kerana ia bukan zuriat si suami tersebut...ianya tidak akan menjadi anak kita walaupun kita menyayanginya... susuan yang mencukupi kadarnya kepada anak .. akan menjadikan anak yang bukan mahram kepada ibu bertukar menjadi mahram ... ibu susuan adalah seperti ibu sendiri .. yang tidak halal untuk dinikahi oleh anak... masalah aurat dan harta warisan kelak inshaaAllah akan dipermudahkan Allah...
sungguh... kita tidak sempurna... yang menulis inipun tidak sempurna.. tidak pernah maksum... namun kesedaran atas ketidaksempurnaan inilah yang menjadikan kita sentiasa meminta-minta pada Allah .. meminta dicukupkan segalanya ... hati yang tenang, cekal dan tabah dalam kehidupan... dicukupkan keperluan walaupun dengan yang sedikit... dipandu dalam kehidupan... dikuatkan untuk beribadah dengan tulus ikhlas... dipermudahkan dalam segala urusan kehidupan dan kematian... semuanya ini perlu diminta.. dan diminta... dan diminta ... tanpa putus asa... sebelum menemui Dia yang Maha Sempurna yang sesungguhnya amat mengetahui segala kesalahan dan kekurangan kita...
Ya Allah ... sesungguhnya Engkau menjadikan ramadhan ini mulia... maka ampunilah kami, rahmatilah kami, kasihanilah kami .. satukanlah hati-hati kami untuk mencari redhaMu .. dan jadikanlah eidul fitri kami sebagai kemenangan menghadapi kebatilan .. menghadapi permasalahan ... kemenangan atas segala kesabaran dan ketabahan....kesembuhan dari pelbagai penyakit ... ketenangan dari segala kecemasan dan getir dalam kehidupan....terimalah doa kami ya Allah... yang lemah ... yang bersalah...dan hina ini ... amiin ya Rabb
tersentuh hati ini memebaca setiap baris penulisanmu kak azah...moga diri ini terus kuat mendapat keredhaannya dan terus bertakwa dan bersabar atas dugaan2NYA..ameen
ReplyDeletekita memang insan yang lemah .. moga Allah kuatkan akak, erni dan semuanya.. kuat dan ikhlas untuk beribadat dan melakukan kebajikan sehingga hingga mengadap Allah...ameen
Delete