Friday, 25 January 2013

Jika hilang fokus untuk belajar

Seorang sahabat baik bertanya tentang macamana nak fokus untuk belajar?

Ehmm... soalan ni rumit sebenarnya untuk dijawab. Kadang-kadang kita cuba fokus tapi selaluje kita teringat benda lain atau buat perkara lain.. sudahnya belajar entah ke mana ... yang lain tupun belum tentu dapat...

Namun dari sudut kerohanian Islam ... tiada yang mustahil jika Allah mengizinkan sesuatu perkara untuk berlaku... termasuklah untuk "fokus". Segala ilmu adalah milik Allah dan tidak akan meresap dalam fikiran dan hati kita jika Allah tidak mengizinkannya. Maka, kita tiada pilihan selain berusaha dan meminta pada yang empunya ilmu iaitu Allah SWT.

Kadangkala kita tidak boleh fokus dalam jangkamasa yang lama. Ini menjadi teka teki pada diri kita, kenapa ini berlaku. Adakah Allah tak sayang kita? Jawapannya sudah tentu tidak... Allah yang Maha Pengasih tidak pernah meninggalkan hambaNya... cuma kita yang selalu lalai dan leka... mungkin banyak dosa kita... dosa kecil2 ... yang lama2 jadi bertimbun... atau bersikap lalai dalam melakukan ibadah atau lalai dan berlebihan dalam menurut kehendak kita walaupun pada perkara yang halal...

Berfikir positif dan berbaik sangka pada Allah adalah kunci... Allah tidak memberikan ilmu atau fokus kepada kita sekarang.... mungkin ianya kurang sesuai pada masa ini... tetapi pada tempoh tertentu atau masa lain Allah memberikannya pada kita dan kitapun berlapang dada... namun untuk mendapat itu semua perlukan kesabaran ... masalahnya ialah... kita tak sabar....

Jadi macamana nak sabar? Cuba buat perkara yang Allah suka.. contohnya solat pada awal waktu... buat solat sunat banyak2 ... lupakan sekejap tentang kesusahan kita belajar... tapi berdoa banyak2 dalam solat sunat2 yang kita buat... biarlah ambil masa satu hari ...dua hari... seminggu... semata2 untuk menggamit cinta Allah... cuba bayangkan Rasulullah yang tiada dosapun solat sampai bengkak kaki... lagilah kita yg banyak dosa dan lalai ...  puasalah isnin  dan khamis... doa waktu berpuasa adalah antara doa yg mustajab....

selain padatu cuba telefon mak atau ayah kita atau sesapa yang kita rasa boleh berdoa untuk kita... komunikasi yang penuh ikhlas dan penuh kasih sayang akan dipayungi rahmat Allah... tapi jangan pula bergayut dengan bukan mahram itu dah jadi dosa pula...

selain dari perkara di atas... cuba kita jadikan deadline sebagai motivasi... contohnya deadline conference.. atau deadline hantar tesis... antar assignment dan lain-lain... sebab bila kita ada tarikh yang perlu kita kejar ... ehmm memang kita terpaksa berkejar dan mencari sedaya mungkin apa yang perlu kita cari dan pelajari... nak tak nak kita kena "fokus"... tapi jangan lupa bahawa kekuatan untuk melakukan perkara sebegini juga perlu diminta kepada Allah... dan Allah menjanjikan siapa yang berusaha dia mendapat ganjarannya... ada pepatah arab yg diberikan oleh ustaz masa belajar dahulu kalau tak silap " man jadda wa jadda" .."siapa berusaha dia mendapat".... kalau tersilap tolong betulkan...

seperkara lagi ... kadang2 kita kena cari orang2 yang berjaya ... google la sesiapa yang terlintas dalam fikiran kita ... tengok macamana dia boleh berjaya ... perkara begini juga boleh menaikkan semangat kita untuk bekerja kuat dan lebih fokus dalam apa yang kita lakukan...

wallahua'lam... moga kita semua berjaya dalam mencari ilmu Allah ini dan cemerlang di dunia dan diakhirat...

salam kasih di hari Jumaat yang dimuliakan Allah... Assalamualaikum..






2 comments:

  1. Thanks Kak Azah! Sangat membantu. Sedang cuba untuk berubah. Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga nurzid berjaya dengan cemerlang .. ameen, inshaaAllah jumpa di Tjg Malim

      Delete