Saturday, 22 December 2012

TRAVELOG UMRAH

Persediaan Hati/Diri sebelum menunaikan umrah

Dikutip dari : http://www.jawhar.gov.my/i-umrah/index.php/persediaan-para-jemaah/48-persiapan-diri


Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T.
 
Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila:

- diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.;
- caranya menepati syariat yang ditetapkan;
- tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan
- ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.
 
Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.
 
Mendapatkan ilmu yang cukup
 
Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
 
Menggunakan sumber wang yang halal
 
Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan.
 
Pastikan wang ringgit yang digunakan  untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan  hilangnya keberkatan dalam kehidupan.
 
Menjaga kesihatan jasmani dan rohani
 
Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan.
 
Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain
 
Ibadah haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat.
 
Bakal-bakal jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta melaksanakannya.
 
Memperbanyakkan amalan sedekah
 
 
Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.
 
Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.
 
Menunaikan sembahyang berjemaah
 
Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah.
 
Menjauhi amalan-amalan syirik
 
Menyengutukan Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan sebagainya.
 
Selain itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram, dosa dan pahala serta syurga dan neraka.
 
Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela)
 
Tanah Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat di hati.
 
Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang sepertimana api membakar hangus kayu api.
 
Tanah Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah.
 
Membersihkan diri dari dosa
 
Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan:
 
- meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa;
- berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi;
- merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan
- jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang  diambil dari manusia tersebut.
 
Berdoa dan bertawakkal
 
Perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya.
 
Para jemaah juga sebaiknya memperbanyakkan sembahyang sunat Tahajjud, Tasbih, Taubat dan Hajat menjelang keberangkatan dan juga sepanjang berada di Tanah Suci.

Tuesday, 27 November 2012

Mak

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Mengingati mak... adalah mengingati nikmat  kasih yang Allah peruntukkan untukku... tiada kasih lain yang lebih istimewa selepas Allah dan Rasul ...selain ibu yang digelar mak, ummi, mama ... nikmat bagi setiap jiwa yang bergelar anak...  sejak dilahirkan di dunia...

Mengingati mak... seolah mengingati seluruh sekolah kehidupan ...

Mengenal erti jerih perih .. membanting kudrat ..
Mengenal erti kemiskinan ... keringat mengalir demi untuk sesuap makanan...
Mengenal erti kasih ... dalam renungan paling dalam
Mengenal erti cekal... dalam peritnya kesepian
Mengenal erti tawakkal pada Tuhan ... dalam pasrahmu pada setiap solat malam

Mak... bila usiaku beranjak dewasa... usiamu semakin tua....
Namun mak... masih tidak banyak yang dapat kulakukan untuk membahagiakan hatimu...
Masih belum dapat aku berbakti sepenuhnya kepadamu...

dan ...Mak... setiap kali kita berbicara... aku meminta kau sentiasa berdoa untukku...
Jawapanmu mak.. "mak sentiasa doakan dalam setiap solat.. in shaa Allah tidak pernah putus"...
Aku? Aku pernah ditanya anakku Tasnim... "ummi selalu suruh wan doakan ummi,.. ummi doakan wan tak?"... aku ternganga ... " mestilah ummi doa .. setiap anak mesti doa untuk ibu bapanya dalam setiap solat".. Alhamdulillah aku diberikan kekuatan untuk menjawab demikian ... ehmm.. anak2 kecil ... hatinya bersih tiada dosa ... soalannya membuat aku selalu berfikir dan terfikir...

Mak... dari jauh ada rindu... ada gusar didadaku... dalam harap bertemu denganmu ...
  ... moga Allah  mengampunkanmu dan mengampunkanku... moga Allah menambah kasihNya dihujung usiamu .. moga Allah membahagiakanmu... moga Allah menjagamu... moga Allah mengambilmu dan mengambilku ketika sedang sujud cinta shahdu...

semata-mata sujud kepadaNya... si Pencipta yang menjanjikan wajahNya yang indah apabila pertemuan di persemadian yang kekal abadi..





Saturday, 17 November 2012

Palestin - Air mata dan titisan darah yang mengalir

Setiap titis air mata dan darah yang mengalir di bumi Gaza tidak akan pernah selamanya sia-sia. Tunggulah... sabarlah ...Allah pasti memberimu kemenangan... di dunia mahupun di akhirat.

Tiada satupun terlepas dari penglihatan dan pendengaran Allah yang maha agung. Tiada satupun.... yakinlah ... harinya pasti tiba... kemenangan akan dijulang... kita akan berbondong-bondong menziarihi dan beribadat di masjidil Aqsa..

Bukankah Allah yang satu itu telah menjanjikan... jika kalian mati kerana mempertahankan hakmu ... pasti syurga galang gantinya... shuhada yang ruhnya berterbangan seperti burung di dalam syurga .. mengikut sekehendaknya...

Bukankah Allah yang menjadikan kita juga telah menjanjikan kemenangan  terhadap yang batil... kebenaran pasti tertegak.. teguhlah hati dan gagahlah berdiri duhai makhluk yang diciptakan Allah di  bumi Palestin..

Bukankah sudah dijelaskan dan disuluhkan di dalam al-Qur'an .. bahawa golongan yang membunuh nabi-nabi Allah ini  memang rakus dan sentiasa mencari jalan permusuhan dan menzalimi sesiapa sahaja yang bernama Islam...

Sabarlah duhai hati...setiap muslim di seluruh dunia .. segalanya milik Allah... biar bergegar tubuh menahan kemarahan melihat kekejaman ...biar cedera parah ... biar luka yang paling dalam .. pasti Allah memberikan kesembuhan ... dengan doa ... dengan harapan ... dengan keyakinan .. in syaa Allah

Ya Allah sesungguhnya Engkau ya Fattah .. yang maha memberi kemenangan .. ya Mulk... yang memiliki semua kerajaan .. maka milikkanlah al-Aqsa untuk kami... kembalikanlah tanah Palestin... musnahkan zionis laknatullah .. jerutlah hati mereka dengan ketakutan... dan balasilah setiap kekjaman yang mereka lakukan .. ameen ya Allah ... ameen ya Rahman ameen ya Rahim... Tuhan yang memiliki nama-nama yang indah.

Friday, 9 November 2012

Doa dan penyakit


Assalamualaykum.. di hari Jumaat yang Allah muliakan..

berdoa adalah senjata bagi setiap Muslim... pedang yang tidak dilihat oleh mata zahir ... tetapi  cukup tajam dari kalbu yang paling dalam ...

aku suka blog doa ini http://doaharian.blogspot.co.uk/ ... macam-macam doa  ada .. tunggu untuk diamalkan sahaja...

dua hari lepas aku ke pusat rawatan pinfold .. bawa anakku kaklong yang athma .. appointment dah buat pada hari isnin... hari selasa jumpa dr.. dr yang kami jumpatu.. tanya tentang history penyakit kaklong ... akupun bagitahulah apa yg patut .. dan macamana dia kena athma tahun lepas kat malaysia ... berapa kali amik nebulizer ... kena injection steroid sebab paru2 masih berbunyi (wheezing)... habis aku cerita... dr tanya   "are you bumiputra?"... terlopong sekejap sebab tak sangka akan ditanya begitu oleh dr omputeh... ehm aku dan kaklongpun serentak menjawab "yes!" .. lepas tu tak pulak dia bertanya atau mendefinisikan apa yg ditanya... yg akhirnya menjadi tanda tanya dalam kotak kepala aku... soalan seterusnya.. ada tak dalam family yang merokok... kami menjawab "no"... dia kata pulak kat kami .. "haram?"... eh pulak... aku senyum je.. dan menganggukkan kepala... disebabkan dia tak elaborate apa2 akupun hanya fokus kat kaklong  je .. tapi bila balik rumah.. kami buat conclusion... agaknya dr ni pernah pegi malaysia... tahu serba sedikit tentang agama dan intro sedikit pengetahuannya kat kami supaya kami rasa lebih selesa dan mudah nak berkomunikasi...

bagi aku kaedah dr ni memang kaedah psikologi yg biasa digunapakai oleh mana2 dr pun supaya pesakit lebih tenang dan seronok berjumpa dr.. aku setuju carani.. dr yg baik akan menyebabkan pesakit selesa dan terasa lebih sihat walaupun dengan hanya mendengar kata-katanya.. maknanya dr bukan sekadar merawat penyakit fizikal tetapi juga memberi terapi tidak langsung untuk menstabilkan emosi pesakit...

dari sudut agama/spiritual aku suka kalau waktu aku sakit... didengar perkataan dan keluh kesahku... aku suka dimanjakan... didoakan... diambil berat.. diberi kata-kata nasihat ... diingatkan tentang Tuhan..

aku suka kalau waktu aku sakit ada insan yang aku sayangi yang menyentuh bahagian yg sakit..... dulu waktu kecil, remaja dan masih sekolah.. mak akan datang cek tengok kepala aku masih panas ke tidak... sentuhan mak tu menyebabkan aku rasa macam dah sihat.. tambahan pulak dengan doa yang dia bacakan .. masatu aku tak kisah mak baca doa apapun.. maklumla masatu masih belum berapa matang...

sekarang ni... bila melihat anak sendiri sakit... aku tahu memang doa ibu sangat mustajab... sentuhannnya juga ajaib... jadi aku cuba praktiskan sebaik mungkin kepada anak-anakku ... di samping kesibukan harian ... aku cuba melihat mereka yang aku kasihi ketika mereka sedang tidur... wajah anak2 .. wajah suami ... wajah mak yang aku sayangi... waktutu aku boleh melihat dan merasa kasih dalam jiwaku terhadap mereka semua... dan waktu inilah penting untukku berdoa untuk mereka ... waktu di luar waktu solat ... tetapi waktu yang penuh pengertian dan ketenangan... aku suka amalkan doa2 dari al-Qur'an atau doa yang aku karang sendiri untuk diri dan keluargaku.. aku ingin berdoa dan merasakan kenikmatan berdoa kepada Allah ... di mana ketika itu yang tahu hanyalah hatiku dan Allah sahaja... dan aku juga berdoa agar aku mendapat kenikmatan untuk berdoa kepada Allah ini setiap hari dan sehingga aku mati... ameen ya Allah ameen ya Rahman ...

Wednesday, 7 November 2012

Amsterdam naik bas lagi

 "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu." [Al An'am 6:11]

dari Brussels kami naik eurolines lagi.. ni destinasi terakhir sebelum kami balik ke UK  dalam bas.... ehm team rimau malaysia

 dari atas bas eurolines kami lihat ada banyak org naik beskal kat belanda ni...

 ada banyak biri2 

 kalau tak silap aku ni kat Rotterdam

 ada bangunan pucuk rebung juga

 ehm Schiphol ..lapangan terbang tempat kami transit dari malaysia ke UK .. 

 ni la kapal terbang kecik kami naik dari amsterdam ke birmingham

 ehm dah sampai kat amsterdam ... ni kawan dari serawak .. dia keja kat travel agency kat malaysia ... tour europe katanya... 

 amsterdam Central Train Station kat sini kami amik hop on hop off  
Stop 1 - Central Station  
Stop 2 - Nieuwezijds Voorburgwal

Stop 3 - Westerkerk
Stop 4 - Leidseplein
Stop 5 - Museumplein
Stop 6 - Stadhouderskade/De Pijp
Stop 7 - Waterlooplein
Stop 8 - Amstel/Muntplein
Stop 9 - Damrak
Stop 10 - Sint Nicolaaskerk



 ni depan tempat kami makan amsterdam, boat, canal, colouful, damrak


 






 bukan nak iklan ups tapi dah depan mata snap je la



 ada manusia di pentas dunia... apala agaknye yg serius sangat tu...

 Stop 5 - Museumplein




 Canal houses n cruise





 ini owner dia memang berasal dari amsterdam dan ada bangunan besar kat sini Stop 6 - Stadhouderskade/De Pijp



 pemandangan yg indah  depan kedai kami makan


 ehm ... busy ...



 inilah kedai tempat kami lepak setelah turun dari metro... lapar tak tahan dah... berapa hari tak jamah nasi...rindu betul..... makan roti n kueh2... ayam goreng je hehehe yg kami bawak dari rumah... yg best naik bas tak kisah pasal bawa makanan tak macam kapal terbang takleh bawa...    kenangan menunggu makanan dengan penuh sabarrrr.... perut tengah berkeroncongggg...

 amsterdam ni happening kat mana2 ceruk pun ada org

 ni la kasut holland ... mesti bawa balik... kat sini je kami sempat shopping kenangan sikit ... brussells n paris tak sempatpun...





 dah makan kami gi hotel budget ... waktu malam kami keluar lagi.. sebab esok nak balik dah... ni kat madame tussaud



 jumpa plak dengan student indonesia dan familynye

 

 keesokan paginya kedai banyak tak buka lagi ... kami beli kuey je n roti2 kat kedai morrocan

 gambar last sebelum naik metro

 kami lalu celah2 bangunan amsterdam nak gi stesen metro


 ehm dah naik bas ... lega sebab nak balik agaknye...
 ni tempat kena berhenti cek paspot dll tunggu nak naik feri dari calais ke dover


 ada yg bosan tunggu ferry ... breakdance dulu bro..

 subhanAllah ... maha suci Allah Tuhanku yang menjadikan alam ini

 ini pemandangan dari atas feri ... waktutu senja sedang berlabuh