Setiap titis air mata dan darah yang mengalir di bumi Gaza tidak akan pernah selamanya sia-sia. Tunggulah... sabarlah ...Allah pasti memberimu kemenangan... di dunia mahupun di akhirat.
Tiada satupun terlepas dari penglihatan dan pendengaran Allah yang maha agung. Tiada satupun.... yakinlah ... harinya pasti tiba... kemenangan akan dijulang... kita akan berbondong-bondong menziarihi dan beribadat di masjidil Aqsa..
Bukankah Allah yang satu itu telah menjanjikan... jika kalian mati kerana mempertahankan hakmu ... pasti syurga galang gantinya... shuhada yang ruhnya berterbangan seperti burung di dalam syurga .. mengikut sekehendaknya...
Bukankah Allah yang menjadikan kita juga telah menjanjikan kemenangan terhadap yang batil... kebenaran pasti tertegak.. teguhlah hati dan gagahlah berdiri duhai makhluk yang diciptakan Allah di bumi Palestin..
Bukankah sudah dijelaskan dan disuluhkan di dalam al-Qur'an .. bahawa golongan yang membunuh nabi-nabi Allah ini memang rakus dan sentiasa mencari jalan permusuhan dan menzalimi sesiapa sahaja yang bernama Islam...
Sabarlah duhai hati...setiap muslim di seluruh dunia .. segalanya milik Allah... biar bergegar tubuh menahan kemarahan melihat kekejaman ...biar cedera parah ... biar luka yang paling dalam .. pasti Allah memberikan kesembuhan ... dengan doa ... dengan harapan ... dengan keyakinan .. in syaa Allah
Ya Allah sesungguhnya Engkau ya Fattah .. yang maha memberi kemenangan .. ya Mulk... yang memiliki semua kerajaan .. maka milikkanlah al-Aqsa untuk kami... kembalikanlah tanah Palestin... musnahkan zionis laknatullah .. jerutlah hati mereka dengan ketakutan... dan balasilah setiap kekjaman yang mereka lakukan .. ameen ya Allah ... ameen ya Rahman ameen ya Rahim... Tuhan yang memiliki nama-nama yang indah.
No comments:
Post a Comment