dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani .. Tiada Tuhan selain Allah , Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah..
Sesungguhnya tiada kalimah yang paling utama untuk dibawa ke syurga melainkan ...Lailahaillallah muhammadurrusulullah... Kalimah ini juga yang mengiringi pemergian ibu yang kucintai bonda Asmah Talib pada 31 Mac 2013 di Makkah al mukarramah.. bumi al haram yang disucikan Allah .. dan dibangunkan kaabah yang dimuliakan Allah..
Sesungguhnya kasih yang paling utama di dunia selepas Allah dan Rasul adalah kasih ibu bapa... mengasihi mereka menggamit cinta dan keberkatan dari Allah dalam kehidupan di dunia dan di akhirat...
Kisah mak ini kunukilkan untuk teladan dan pengajaran untuk diri, keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang sudi membacanya..
Mak yang berusia 72 tahun telahpun melihat wajah Allah yang indah dengan bibir yang tidak berhenti melafazkan ayat2 suci al-Quran dan syahadah sehingga nafasnya yang terakhir...
Pertemuan kami bermula di Cairo (Kaherah), Mesir... mak bersama group Andalusia Sdn Bhd telah berlepas dari Kuala Lumpur ke Cairo pada 22 Mac 2013 bersamaan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat yang dirahmati Allah... kami sekeluarga (aku, suami dan anak2-along, angah dan adik) pula berlepas dari tarikh yang sama dari Heathrow, United Kingdom..
Perjalanan kami ini telah kami rancang dengan izin Allah ...kami bertekad untuk menunaikan umrah dari UK setelah permohonanku untuk menyambung pengajian di peringkat posdoktoral diluluskan..
Visa kami dan visa mak direject oleh UK border sebanyak 2 kali.. kali pertama tu memang silap sebab offer letter dari KPT berbeza dengan offer letter dari university.. kami apply sekali lagi dengan menyediakan maklumat setepat yang mungkin.. kali kedua kena reject juga.. kali ini jawapan UK border tidak munasabah... kami appeal... visa kami lulus tapi visa mak tidak diluluskan...
meninggalkan mak .. yang telah hidup bersama kami sekeluarga adalah merupakan tamparan hebat buat diriku yang sangat rapat dengan mak... aku satu-satunya anak perempuan mak dan menjadi tempat mak meluahkan rasa dan jiwa wanitanya.... aku buat rayuan untuk mak sekali lagi.. kena reject juga... akhirnya .. mak menyatakan padaku ... "pergilah.. takpe mak tinggal di sini... bukannya lama 2 tahun je.."
hatiku pecah dan sebu... tapi redha mak terhadapku dan redha ibu bapa mertua terhadap pemergian kami sekeluarga .. menjadikan kami anak-anaknya lebih tabah... walaupun rindu.. Allah sahaja yang maha mengetahuinya dan mengubat hati kami dengan menelefon mereka selalu..
aku appeal lagi untuk mendapatkan visa mak selama 6 bulan.. uk border bagi alasan lain pulak.. lebih kurang begini bunyinya dalam bahasa Melayu.. "tak pe anak2 pergi belajar.. mak tinggal di negeri sendiri"... memang aku cukup menyampah dengan jawapan uk border ni... tapi Allah menjadikan sesuatu mempunyai hikmah yang tersembunyi.. Allah tidak membenarkan mak datang ke UK kerana Allah telah menentukan bahawa mak akan kembali ke hadrat Allah pada masa tersebut di bumi al-haram Makkah almukarramah..
aku bertekad untuk membawa mak dan keluargaku menunaikan umrah dan ziarah cairo dan iskandariah pakej keluaran andalusia pada 22 mac 2013 sehingga 5/6 april 2013.. tiket kubeli sendiri.. sebab multi destination dan tak sama dengan para jemaah umrah lain ... dan aku bertekad untuk membawa ibu ke uk slepas umrah tersebut.. semua persiapan telah tersedia.. aku memohon dan berdoa agar Allah mempermudahkan perjalanan mak dari KL dan kami dari UK dan bertemu dengan mak di cairo dengan selamat... aku juga berdoa agar Allah memberikan kami umrah yang sempurna, cemerlang dan istimewa ...
sesungguhnya janji Allah itu benar... Allah memakbulkan doaku untuk bertemu ibu yang sangat dirindui setelah setahun lebih tidak bertemu... hanya linangan air mata dan pelukan penuh tulus dapatku berikan pada ibuku setibanya mak di cairo.. kami berlari2 anak memeluk mak... mak senyum penuh gembira dan menitiskan air mata ... mak dikurniakan Allah kesihatan yang cukup baik dan hanya ngilu lutut jika turun dan naik tangga sesuai dengan usianya... doktor yang menulis laporan mak mengatakan ... tahap gula mak, tekanan darah dan lain2 adalah paras normal... namun doktor tetap membekalkan tablet untuk diabetes dan hanya makan sekali sehari atau bila perlu.. untuk langkah kawalan jika terambil gula lebih untuk mak yang sudah berusia..
kami menziarahi cairo dan iskandariah selama 3 hari dan hari ke empat berlepas ke madinah. Sewaktu ziarah cairo dan iskandariah .. aku sentiasa berjalan bersama mak.. memegang tangannya .. membantu dia turun dan naik tangga.. kengkadang ada juga aku terlajak ke depan.. kemudian berpatah semula .. sebab teringat mak masih di belakang..
ketika ziarah ini mak memang sihat .. tapi ada juga hatiku terdetik tentang keanehan yag dilakukan mak .. aku memegang tangannya macam biasa bila berjalan... tapi dia memasukkan jari jemarinya dalam belahan jari jemariku... terasa aneh.. tapi cukup nyaman dan indah... tidak sedikitpun perihal ini ku kabarkan kepada suami dan anak2... mulut ku dikunci Allah... ketika makan ... mak sentiasa minum dari bekas minuman ku... banyak kali .. sehingga aku berseloroh... " eh.. kena cukai lagi".. mak senyum dan tersengih... aku bertanya padanya .. "mak nak air lagi tak... nor nak amik lagi"... mak hanya menjawab .."tak nak"... waktu makan .. kulihat mak masih menjaga pemakanannya.. mak memang seorang yang sangat berdisiplin... bila doktor menasihatkan mak supaya jgn makan nasi banyak2.. hanya sekali je sehari dan dalam jumlah yg sedikit.. mak memang taat.. kandungan gula mak yg asalnya 10 ke 13.. berubah ke paras normal di bawah 8.. atau naik sedikit tetapi tidak membimbangkan... doktor selalu memuji mak... sebab mak istiqamah makan quaker oat dan mengikut nasihat doktor yang selalu mak jumpa..
kami semua agak keletihan kerana perjalanan yang panjang dan jadual yang padat di cairo dan iskandariah.. masing2 keletihan dan tidur bila sampai di hotel... ku lihat mak macam biasa...solat subuh on time.. mak bangun awal sebelum subuh untuk solat tahajud, taubat, hajat dan witir... solat waktu yg lain kami boleh jamak dan qasar .. kami musafir...
hari keempat kami di madinah.. mak mencuba sedaya upaya ke masjid nabawi setiap waktu.. aku dan along fatilah anak sulungku sentiasa menemaninya ke masjid.... disebabkan aku uzur syarie.. akulah tukang jaga kasut mak dan fatilah... mak beribadat di dalam masjid dan aku berzikir di luar masjid dan berdoa..
seingatku pada hari kedua di madinah anak ketigaku ...adik ruzain .. demam.. dan aku menjaganya siang dan malam .. dan berasa pening kerana tidak cukup tidur.. mak meneruskan ibadatnya bersama along fatilah.. mak sempat mebeli quran untuk wakaf untuk dirinya dan untukku di masjid nabawi...bila pulang ke bilik kami sempat berbual dan aku menanyakan semua keluarga terdekat di malaysia.. mak memberitahuku satu persatu tentang adik beradik dan pesanan pada anak cucunya agar menutup aurat... mak kata.."ingat pesanan wan .. bukan wan yg suruh pakai tudung.. Allah yg suruh"... mak juga memberitahuku tentang adik beradik mak yg sangat rapat dengan mak dan meminta mereka bertawakkal lebih kepada Allah... mak adalah anak yg paling tua dan menjadi tempat berkumpul adik beradik mak yg lain...
pada malam hari keempat iaitu hari terakhir kami di madinah kerana keesokkannya kami akan ziarah wada ' sebelum berlepas ke Makkah.. mak mula sakit perut selepas maghrib.. mak beritahu perutnya kembung sebab di antara zuhur dan isya.. waktu yg panjang dan mak tak ambil apa2 makanan2 slepas makan tengahari.. mak minta aku menggosok minyak afiat panas yang dibawanya pada perut dan belakangnya .. aku urut seperti yg diminta dan turut mengurut perut betis mak seperti yg biasa dilakukan kepada anak2 jika kembung perut...
aku minta mak berehat dan aku nak melelapkan mata sebab masih kepening-peningan menjaga adik yg baru sembuh demam... aku berpesan pada mak agar mengejutkanku jika sakit perutnya berterusan... aku dengar mak minta angah tasnim menyemak bacaan surah al-baqarahnya yang telah dihafal sebanyak 60 ayat.. angah tasnim duduk dibirai katil di sebelah mak dan menyemak bacaan mak hingga selesai.... mungkin lepas tu mak cuba untuk tidur .. aku sudahpun terlena... tiba2 mak memanggil ku sambil berlari ke bilik air ... "bangun nor .. mak dah banyak kali berulang alik ke bilik air ni.. mak muntah2 dan ceret beret"... aku bangun dan membantu mak... badan mak menggigil dan kelihatan seperti kekurang air.. dehydrated..sepanjang aku hidup bersama mak ... mak dikurniakan Allah kesihatan yang sangat baik dan jarang sakit ... kalau adapun demam biasa ... pertama kali mak sakit dan masuk hospital pada hari raya 2 tahun lepas... mak muntah2 dah ceret beret .. Allah memilih aku dan along fatilah untuk berada di sisinya ketika dia sakit.. dan abang2 serta kaklong (kakak ipar) datang menjaga mak berselang seli... itulah kali pertama mak sakit .. sebelum ini mak hanya menjaga orang sakit.. arwah wan (nenek).. meninggal dalam jagaan mak.. begitu juga arwah paktih (adik mak) .. mak menjaga mereka yang sakit dengan penuh ikhlas.. itulah kelebihan mak.. sehinggalah wan dan paktih menghembuskan nafas yang terakhir...
melihat keadaan mak seperti tidak berdaya.. aku meminta suami memanggil doktor yang ada dalam jemaah umrah yg sama.. doktor Ahmad memberikan suntikan pada mak dan memberikan ubat untuk menghentikan ceret beret.. Alhamdulillah mak berhenti ke bilik air .. tapi masih muntah ... aku memberikannnya plastik supaya mak tak terus menguatkan dirinya untuk bangun ke bilik air... dimulut mak sentiasa melafazkan ayat2 Quran yg pendek dan panjang serta lailahaillalllah muhammaddarrasulullah .. berterusan....selepas merasakan dirinya kuat sedikit .. mak bangun.. mak berkata padaku .. "ingatkan dah mati tadi"... aku menjawab.." mak... Allah masih panjangkan umur mak... inshaaAllah mak sihat.."
hari terakhir di madinah ... mak masih boleh berjalan namun tidak larat untuk membawa dirinya ziarah wada di masjid nabawi.. kami hanya melambai nabi Muhammad saw dari hotel memandangkan keadaan mak yg agak lemah... sampai di bir Ali kami melafazkan niat ihram umrah dengan bersyarat memandangkan aku yg uzur syarie dan mak yg sakit...ibu mengikut lafazku sambil memejamkan mata... perjalanan dari madinah ke mekah mengambil masa 6 jam ... mak sakit pinggang dalam bas .. sekejap dia duduk tegak dan sekejap dia bersandar... mak bersandar dalam pelukan dan ribaanku dan aku menggosok2 badan belakangnya dan pinggangnya yg tidak selesa... mak bertanya padaku.."kenapa tak sampai2 lagi ni dah lama dah duduk dalam bas"... aku menjawab.."inshaAllah mak dalam sejam 2 lagi .. lepas ni ada berhenti makan di wadi qudait"... mak hanya diam.. dan masih tidak selesa seperti tadi...
sebelum sampai di wadi qudait.. aku menahan sakit perut yang amat sangat... mak nak berbaring diribaku lagi... kukatakan padanya.. "mak nor tengah sakit perut .. mak duduk dulu ye"... bila bas sampai di wadi qudait aku menyatakan pada suami agar bawa mak turun untuk makan.. aku melompat turun dahulu dan mnecari bilik air... dalam kesibukan dan ramai orang di tandas di wadi qudait (tempat tumpuan dan jemaah umrah berhenti untuk makan) aku menerkam masuk dan betul2 ada satu tandas yg kosong.. Allah membantuku... aku ada ibu yang perlu dijaga... setelah selesai aku ke meja makan mak dan keluarga... aku minta mak makan walaupun sdikit ... sebab mak seperti tiada tenaga langsung... mak cuba makan tapi meluahkannya semula.. aku memberikannya air.. tapi hanya sedikit yg mampu mak telan... mak meminta ke tandas.. aku menghantar mak dan seorang kawan dalam kumpulan jemaah umrah yg sama turut membantu mak... ustazah yg mengajar di jelapang... aku lihat mak berjalan hanya dengan sebelah kasut.. tapi dia seperti sudah tidak mengingati keadaan dirinya.. sebelah kasutnya tertinggal di dalam bas.. along dan angah mengambil kasut mak...
dalam perjalanan dari wadi qudait ke mekkah.. ada perkara aneh yg berlaku pada mak... aku bertanyakan keadaan mak "mak rasa camana sekarang"... mak diam ... dan melelapkan mata tidak menjawab pertanyaanku... kemudian lampu dipadamkan .. dari sinar lampu kecil bas aku lihat mak tersenyum dan terus tersenyum... mulut ku terkunci lagi... selepas itu ada beberpa perkataan yg terkeluar dari mulut mak sepertinya dalam bahasa arab... aku tak faham.. dan aku diam....tiba2 mak duduk tegak dan memandang ke hadapan ... mak menyebut "mashaaAllah!"... kemudian mak memalingkan muka kepadaku.... "marabbuka"... aku tak tahu itu pertanyaan atau pernyataan ... pada masatu aku hanya mampu diam ... Allah mengunci mulutku... apa yg dapat kukatakan pada suami..."abang... makni dah lain macam.. kena mintakan kerusi roda ... sebab mak dah tak larat".. dan aku minta untuk terus ke hospital membawa mak... suami dan anak2 teruskan menghantar beg dan menunaikan umrah
turun sahaja dari bas ...wheel chair sudah menunggu.. aku papah dan dudukkan mak dalam kerusi roda ... dan minta di bawa ke hospital... adik mutawwif indonesia menahan teksi untuk kami... tapi mak dah tak boleh bangun... aku minta dipanggil ambulan.. tiba2 datang makcik2 arab entah dari mana mengerumuni mak dan melihat keadaan dan cuba memberi mak air dan lain2 dan bertanya2 kepadaku tentang mak... makcik2 arab ini memanggil polis yg berhenti dan minta disegerakan ambulans... Alhamdulillah.. pertolongan Allah untuk mak sangat besar dan mudah... waktu ini mak sudah seperti kehilangan nafas... aku memeluk mak dan mengucapkan syahadah dan meminta mak jangan berhenti bersyahadah... air mataku berhamburan... dia ibuku yg membesarkanku dengan tulang empat keratnya ... membanting tulang... melihat mak sukar bernafas hatiku carik barik ...aku disabarkan oleh makcik2 arab... dan aku mengucap syahadah pada mak sambil menangis...
semasa dalam ambulan... mak diberikan oksigen untuk bernafas... mak tidak berhenti bersyahadah.. dan berdengung2 suaranya dalam tiub gas.. ambulan membawa kami ke hospital malik faisal ....mak dimasukkan ke wad kecemasan... aku mengikut mak sambil berlari ... di wad kecemasan .. mak diberikan gas lagi ... dimasukkan macam-macam air dan ubat2 .. mak tak selesa dengan tiub gas dihidungnya dan segala wayar yg membelit tubuhnya... dr kata mak kena endothermic shock atau bila aku google- (of a chemical reaction or compound) occurring or formed with the absorption of heat .
walau apapun namanya dalam hatiku menyatakan ibuku sudah mula sakarat... setelah 3 ke 4 jam di wad kecemasan hari sudah siang dan mak di bawa ke wad berhampiran ICU... naik sahaja di wad 301 mak nak duduk... aku dudukkan mak... mak dah mula sesak nafas semula... mak minta gas yag dia tak mahu pakai di wad kecemasan tadi.. aku letakkan di mulut mak... tapi mak kata tiada gas... aku berkejar memanggil nurse... nurse kata " tiada masalahpun dengan gas ni".. aku minta mak letakkan semula di hidung dan mulut mak... pada waktu tu aku lihat kaki mak turun seperti yang biasa kita dengar tentang tanda2 kematian ... aku memeluk mak... mengucapkan syahadah ditelinganya tanpa henti... mak mengikut syahadah sehinggalah mulutnya sudah tidak bergerak...
pesakit di sebelah katil mak .. bila melihat keadaan aku dan mak...berkejar memanggil doktor dan nurse.. ... doktor dan para nursenye pula berlari ke katil mak... mereka meminta aku ke tepi dan mereka masukkan tiub gas ke mulut mak... aku berdoa dengan dengan kuat dan bercucuran air mata... " Ya Allah jangan kau biarkan mereka mengasari ibuku ya Allah"... doktor kata... mereka berjaya mendapatkan nafas mak .. setelah dipam dan entah apa2 lagi...
mak masih bernyawa.. tapi koma... aku duduk di sebelah mak dan memegang tangannya.. mak menggenggam jariku.. mak masih bernyawa... aku mengambil tangan mak dan menciumnya..."mak maafkan kami semua... tiada dosa mak pada kami"... aku terus-terusan melagukan syahadah di telinga mak ... membacakan alfatihah dan menghembuskan pada tubuhnya seperti yg diajar oleh pelawat yg datang ke katil pesakit di sebelah mak...aku berdoa lagi dengan kuat agar turut didengar ibuku... "ya Allah jika panjang umur ibuku sihatkanlah dia seperti sedia kala... jika pendek umurnya ya Allah terimalah dia dan permudahkan ibuku ya Allah"....gengggaman mak semakin hilang... tangan sudah mula sejuk ... tapi dada dan kepala masih panas... aku membaca asma ul husna... "ya Allah ya latif ya latif ya altif... lembutlah lah ya Allah menarik roh ibu yang aku sayanngi ini... sesungguhnya dia ibuku ya Allah yang melahirkan dan membesarkanku dengan susah payah, amin ya Allah"... aku terus bersyahadah di telinga mak .. dan aku katakan padanya ... " mak masuklah syurga no satu.. nor no 2"... di madinah sebelum mak sakit aku ada berbincang dengan suami tentang perkara yg tdak ku ingat tentang apa... aku katakan pada suamiku.." abang .. esok kalau saya mati .. saya nak masuk syurga no satu ... abng yang last sekali"... suamiku menjawab.. "takpe last pun ...asal dapat masuk syurga"... waktu itu mak mencelah di hadapanku... "mak no 2 lepas kau lah".. itulah sebabnya aku memberitahu mak di saat ini ... "mak masuklah dulu... mak janji tunggu nor di syurga"... aku membacakan alfatihah, ayat kursi, ayat2 lain dan syahadah tanpa henti... aku cium pipinya, dagunya dan kepalanya juga tanpa henti .. aku menyisir rambutnya seperti makku seorang bayi... sungguh aku menyintai ibuku ya Allah... namun aku redha dengan ketentuan Allah...
wajah mak yang ku cium sungguh wangi tak dapat kugambarkan... kucium lagi dan lagi sambil mengucap lailahaillallah muhammaddarrasulullah.... nafasnya semakin sdikit... nurse dan doktor nak bawa mak ke icu ... aku tak boleh masuk... aku merayu .."dia ibuku..." mereka membenarkan untruk sketika.. aku terus bersyahadah.. sehinggalah aku tidak dibenarkan menjaga mak..
aku duduk di luar bilik sambil melihat mereka menguruskan mak .. kemudian dduduk ..berzikir dan berdoa... ku kerjakan itu terus -terusan sehingga doktor datang kepadaku... "saya tahu anda telah mengucapkan syahadah pada ibu anda, saya juga sudah mengucapkan syahadah untuknya buat kali terakhir... ibu anda sangat bersih ... inshaaAllah jannah tempat untuknya"... aku redha.. aku puas dapat menjaganya... melafazkan syahadah, berdoa ...membelainya di saat akhir nafasnya..
aku meminta pada doktor untuk melihat mak... tiub gas sudahpun dicabutkan...ku beri salam padanya ... kulihat wajah mak .. aku terpaku... wajahnya kelihatan muda dan putih kekuningan ... ku cium dahinya dan pipinya sudah sejuk... kemudian aku duduk di luar menunggu... suami, anak2 dan ustaz ... kemudian aku massuk lagi melihat jenazah mak... ku lihat wajah mak sudah seperti biasa tenang dan tersenyum... kutinggalkan jenazah mak.. aku pulang ke hotel .. suami dan ustaz akan ke konsulat untuk urusan jenazah mak untuk dapat kebenaran di kebumikan di mekah...
Pakaian yg kupakai ketika bersama mak dari madinah dan sehingga mak meninggal dunia di mekah masih berbau harum selama 3 ke empat hari .. perasaan sedih juga Allah hilangkan bersama hilangnya haruman tersebut.. sesungguhnya janji Allah itu benar.. aku membaca tafsir ibnu katsir dalam surah al waqiah yang diterangkan kepadaku bahawa orang muqarrabin apabila diambil nyawanya .. diambil sekuntum bunga dari syurga dan ditarik rohnya di dalam bunga tersebut... aku berdoa terus-terusan agar ibuku dalam golongan ini .. wangian pada tubuhnya ketika mak meninggal dunia cukup melegakan dan memuaskan hatiku... Allah menghantar hiburan pada hatiku yg lara...
sewaktu jenazah mak disembahyangkan ... hanya mak seorang jenazah dewasa dan seorang jenazah bayi kecil... pemandu kereta jenazah menyatakan.. tidak pernah terjadi dalam sejarahnya membawa jenazah .. hanya ada satu jenazah pada satu-satu masa untuk disembahyangkan di masjidil haram... Alhamdulillah .. jenazah mak disembahyangkan oleh jutaan muslimin dan muslimat yang mengerjakan umrah dan beribadah di masjidil haram selepas solat isya.. mak dikebumikan di kawasan perkuburan yang masih dalam kawasan tanah haram makkah al-mukarramah. Pengkebumian di arab saudi sangan efisen.. tidak sampai 10 minit jenazah sudah siap dikebumikan.. Alhamdulillah.. bersemadilah ibu di tanah suci dengan cukup istimewa dan harum ... moga mak.. ibu yang kusayangi berada di dalam kasih sayang Allah yang tidak terhitung cintaNya.. aminn...
antara amalan mak untuk kita semua contohi:
mak solat awal waktu
tidak tinggal tahajud melainkan uzur syarie (mak istiqamah solat malam semenjak mndengar ceramah ustaz ketika kursus hajinya)
selalu puasa isnin kamis
mak suka dengar ceramah.. dan ilmu yg didengar akan segera diamalkan
mak tiada harta yg ditinggalkan .. hanya wasiat berkaitan agama dan kebaikan
mak tidak suka berhutang
mengajar quran tanpa minta bayaran
mak memandikan jenazah wanita ketika muda kuat dan bersara bila dah tua
mak tidak suka meminta duit dari anak2nya atau orang lain
selalu menjaga ahli keluarga yg sakit dan merapatkan silaturrahim
mak tidak berdendam dan seorang yg pemaaf
membaca al-quran setiap hari dan zikrullah