Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Mengingati mak... adalah mengingati nikmat kasih yang Allah peruntukkan untukku... tiada kasih lain yang lebih istimewa selepas Allah dan Rasul ...selain ibu yang digelar mak, ummi, mama ... nikmat bagi setiap jiwa yang bergelar anak... sejak dilahirkan di dunia...
Mengingati mak... seolah mengingati seluruh sekolah kehidupan ...
Mengenal erti jerih perih .. membanting kudrat ..
Mengenal erti kemiskinan ... keringat mengalir demi untuk sesuap makanan...
Mengenal erti kasih ... dalam renungan paling dalam
Mengenal erti cekal... dalam peritnya kesepian
Mengenal erti tawakkal pada Tuhan ... dalam pasrahmu pada setiap solat malam
Mak... bila usiaku beranjak dewasa... usiamu semakin tua....
Namun mak... masih tidak banyak yang dapat kulakukan untuk membahagiakan hatimu...
Masih belum dapat aku berbakti sepenuhnya kepadamu...
dan ...Mak... setiap kali kita berbicara... aku meminta kau sentiasa berdoa untukku...
Jawapanmu mak.. "mak sentiasa doakan dalam setiap solat.. in shaa Allah tidak pernah putus"...
Aku? Aku pernah ditanya anakku Tasnim... "ummi selalu suruh wan doakan ummi,.. ummi doakan wan tak?"... aku ternganga ... " mestilah ummi doa .. setiap anak mesti doa untuk ibu bapanya dalam setiap solat".. Alhamdulillah aku diberikan kekuatan untuk menjawab demikian ... ehmm.. anak2 kecil ... hatinya bersih tiada dosa ... soalannya membuat aku selalu berfikir dan terfikir...
Mak... dari jauh ada rindu... ada gusar didadaku... dalam harap bertemu denganmu ...
... moga Allah mengampunkanmu dan mengampunkanku... moga Allah menambah kasihNya dihujung usiamu .. moga Allah membahagiakanmu... moga Allah menjagamu... moga Allah mengambilmu dan mengambilku ketika sedang sujud cinta shahdu...
semata-mata sujud kepadaNya... si Pencipta yang menjanjikan wajahNya yang indah apabila pertemuan di persemadian yang kekal abadi..
Tuesday, 27 November 2012
Saturday, 17 November 2012
Palestin - Air mata dan titisan darah yang mengalir
Setiap titis air mata dan darah yang mengalir di bumi Gaza tidak akan pernah selamanya sia-sia. Tunggulah... sabarlah ...Allah pasti memberimu kemenangan... di dunia mahupun di akhirat.
Tiada satupun terlepas dari penglihatan dan pendengaran Allah yang maha agung. Tiada satupun.... yakinlah ... harinya pasti tiba... kemenangan akan dijulang... kita akan berbondong-bondong menziarihi dan beribadat di masjidil Aqsa..
Bukankah Allah yang satu itu telah menjanjikan... jika kalian mati kerana mempertahankan hakmu ... pasti syurga galang gantinya... shuhada yang ruhnya berterbangan seperti burung di dalam syurga .. mengikut sekehendaknya...
Bukankah Allah yang menjadikan kita juga telah menjanjikan kemenangan terhadap yang batil... kebenaran pasti tertegak.. teguhlah hati dan gagahlah berdiri duhai makhluk yang diciptakan Allah di bumi Palestin..
Bukankah sudah dijelaskan dan disuluhkan di dalam al-Qur'an .. bahawa golongan yang membunuh nabi-nabi Allah ini memang rakus dan sentiasa mencari jalan permusuhan dan menzalimi sesiapa sahaja yang bernama Islam...
Sabarlah duhai hati...setiap muslim di seluruh dunia .. segalanya milik Allah... biar bergegar tubuh menahan kemarahan melihat kekejaman ...biar cedera parah ... biar luka yang paling dalam .. pasti Allah memberikan kesembuhan ... dengan doa ... dengan harapan ... dengan keyakinan .. in syaa Allah
Ya Allah sesungguhnya Engkau ya Fattah .. yang maha memberi kemenangan .. ya Mulk... yang memiliki semua kerajaan .. maka milikkanlah al-Aqsa untuk kami... kembalikanlah tanah Palestin... musnahkan zionis laknatullah .. jerutlah hati mereka dengan ketakutan... dan balasilah setiap kekjaman yang mereka lakukan .. ameen ya Allah ... ameen ya Rahman ameen ya Rahim... Tuhan yang memiliki nama-nama yang indah.

Thursday, 15 November 2012
The Wounds of Nation جراح الأمة
Nasyid The Wounds of Nation dari channel An-Nas. Nasyid ini dibuat selepas serangan ke atas Gaza pada awal Muharram 1430H....
Wednesday, 14 November 2012
Friday, 9 November 2012
Doa dan penyakit
Assalamualaykum.. di hari Jumaat yang Allah muliakan..
berdoa adalah senjata bagi setiap Muslim... pedang yang tidak dilihat oleh mata zahir ... tetapi cukup tajam dari kalbu yang paling dalam ...
aku suka blog doa ini http://doaharian.blogspot.co.uk/ ... macam-macam doa ada .. tunggu untuk diamalkan sahaja...
dua hari lepas aku ke pusat rawatan pinfold .. bawa anakku kaklong yang athma .. appointment dah buat pada hari isnin... hari selasa jumpa dr.. dr yang kami jumpatu.. tanya tentang history penyakit kaklong ... akupun bagitahulah apa yg patut .. dan macamana dia kena athma tahun lepas kat malaysia ... berapa kali amik nebulizer ... kena injection steroid sebab paru2 masih berbunyi (wheezing)... habis aku cerita... dr tanya "are you bumiputra?"... terlopong sekejap sebab tak sangka akan ditanya begitu oleh dr omputeh... ehm aku dan kaklongpun serentak menjawab "yes!" .. lepas tu tak pulak dia bertanya atau mendefinisikan apa yg ditanya... yg akhirnya menjadi tanda tanya dalam kotak kepala aku... soalan seterusnya.. ada tak dalam family yang merokok... kami menjawab "no"... dia kata pulak kat kami .. "haram?"... eh pulak... aku senyum je.. dan menganggukkan kepala... disebabkan dia tak elaborate apa2 akupun hanya fokus kat kaklong je .. tapi bila balik rumah.. kami buat conclusion... agaknya dr ni pernah pegi malaysia... tahu serba sedikit tentang agama dan intro sedikit pengetahuannya kat kami supaya kami rasa lebih selesa dan mudah nak berkomunikasi...
bagi aku kaedah dr ni memang kaedah psikologi yg biasa digunapakai oleh mana2 dr pun supaya pesakit lebih tenang dan seronok berjumpa dr.. aku setuju carani.. dr yg baik akan menyebabkan pesakit selesa dan terasa lebih sihat walaupun dengan hanya mendengar kata-katanya.. maknanya dr bukan sekadar merawat penyakit fizikal tetapi juga memberi terapi tidak langsung untuk menstabilkan emosi pesakit...
dari sudut agama/spiritual aku suka kalau waktu aku sakit... didengar perkataan dan keluh kesahku... aku suka dimanjakan... didoakan... diambil berat.. diberi kata-kata nasihat ... diingatkan tentang Tuhan..
aku suka kalau waktu aku sakit ada insan yang aku sayangi yang menyentuh bahagian yg sakit..... dulu waktu kecil, remaja dan masih sekolah.. mak akan datang cek tengok kepala aku masih panas ke tidak... sentuhan mak tu menyebabkan aku rasa macam dah sihat.. tambahan pulak dengan doa yang dia bacakan .. masatu aku tak kisah mak baca doa apapun.. maklumla masatu masih belum berapa matang...
sekarang ni... bila melihat anak sendiri sakit... aku tahu memang doa ibu sangat mustajab... sentuhannnya juga ajaib... jadi aku cuba praktiskan sebaik mungkin kepada anak-anakku ... di samping kesibukan harian ... aku cuba melihat mereka yang aku kasihi ketika mereka sedang tidur... wajah anak2 .. wajah suami ... wajah mak yang aku sayangi... waktutu aku boleh melihat dan merasa kasih dalam jiwaku terhadap mereka semua... dan waktu inilah penting untukku berdoa untuk mereka ... waktu di luar waktu solat ... tetapi waktu yang penuh pengertian dan ketenangan... aku suka amalkan doa2 dari al-Qur'an atau doa yang aku karang sendiri untuk diri dan keluargaku.. aku ingin berdoa dan merasakan kenikmatan berdoa kepada Allah ... di mana ketika itu yang tahu hanyalah hatiku dan Allah sahaja... dan aku juga berdoa agar aku mendapat kenikmatan untuk berdoa kepada Allah ini setiap hari dan sehingga aku mati... ameen ya Allah ameen ya Rahman ...
Wednesday, 7 November 2012
Amsterdam naik bas lagi
"Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu." [Al An'am 6:11]
dari Brussels kami naik eurolines lagi.. ni destinasi terakhir sebelum kami balik ke UK dalam bas.... ehm team rimau malaysia
ehm dah sampai kat amsterdam ... ni kawan dari serawak .. dia keja kat travel agency kat malaysia ... tour europe katanya...
Stop 1 - Central Station
Stop 2 - Nieuwezijds Voorburgwal
Stop 3 - Westerkerk
Stop 4 - Leidseplein
Stop 5 - Museumplein
Stop 6 - Stadhouderskade/De Pijp
Stop 7 - Waterlooplein
Stop 8 - Amstel/Muntplein
Stop 9 - Damrak
Stop 10 - Sint Nicolaaskerk
ini owner dia memang berasal dari amsterdam dan ada bangunan besar kat sini Stop 6 - Stadhouderskade/De Pijp
inilah kedai tempat kami lepak setelah turun dari metro... lapar tak tahan dah... berapa hari tak jamah nasi...rindu betul..... makan roti n kueh2... ayam goreng je hehehe yg kami bawak dari rumah... yg best naik bas tak kisah pasal bawa makanan tak macam kapal terbang takleh bawa... kenangan menunggu makanan dengan penuh sabarrrr.... perut tengah berkeroncongggg...
ni la kasut holland ... mesti bawa balik... kat sini je kami sempat shopping kenangan sikit ... brussells n paris tak sempatpun...
dah makan kami gi hotel budget ... waktu malam kami keluar lagi.. sebab esok nak balik dah... ni kat madame tussaud
Subscribe to:
Posts (Atom)