Tuesday 31 December 2013

Apabila Allah takdirkan kita sakit

Assalamualaikum wbt... minggu ini minggu terakhir 2013... minggu ini juga menyaksikan kami berulang-alik dan berkampung di hospital dan klinik... hospital sungai buluh.. hospital kuala lumpur... klinik syifa..

Apabila Allah takdirkan sakit datang menerjah... tiada kuasa yang dapat menghalang dan menyembuhkan melainkan melainkan kuasaNya...

Sesungguhnya melihat Tok Teh (mak mertua) yang sakit .. satu-satunya ibu yang kami masih ada.. setelah ayah menemui Allah pada 31 Dis 2011, Mak pada 31 Mac 2013, Ayah mertua selang 2 bulan..selepas mak.. pada bulan Mei 2013...

Hati kami memang sayu... terkadang terasa seperti mak ada bersama.. apabila Tok Teh sakit.. seolah-olah ingin menelefon mak untuk mendapatkan segala petua dan nasihat darinya... namun Allah mengetahui kerinduan ini.. Allah mengetahui setiap keresahan hamba-hambaNya... maka ia datangkan pelbagai pertolongan... dalam menghadapi derita dan kesakitan...

Seperti arwah mak... jika ada ahli keluarga yang sakit ... kami meneladaninya... moga Allah memberikan kami kekuatan dan kesungguhan dalam kewajiban mencari penawar yang telah dijanjikan Allah...

Melihat Tok Teh... mata kecilnya... sudah berubah warna... lewat usia tuanya... namun mata kecil itu akan dikejip-kejipkan jika dia tertawa atau beduka...

Rindunya pada anak cucu pada usia sebegini terlihat dalam menungnya yg panjang... adakalanya... diluahkan ... adakalanya.. perlu ditanya untuk dia meluahkan perasaan...

Apabila Tok Teh sesak nafas.. akibat athma yang dihidapinya... kami agak panik ... maklumla.. mengenang arwah mak dahulu... selesai solat subuh kami berkejar ke hospital.. Tok Teh diberikan gas.. berulang kali ... tapi masih sukar bernafas seperti biasa... akhirnya perlu disuntik steroid ... oksigen dalam darahnya kurang... air dalam badan juga kurang.. paru2 sebelah kirinya pula ada air/lendir...

Alhamdulillah seharian di wad separa kritikal.. Tok Teh dibenarkan pulang dengan permintaan Dr agar dibawa semula ke hospital jika keadaannya masih memerlukan rawatan...

Keadaan Tok Teh kami pantau...ubatnya..air yang perlu diminum setiap hari... inshaaAllah .. moga Allah sembuhkan dan permudahkan kesembuhannya dan .. moga Tok Teh beroleh kerehatan dan ketenangan di hari tuanya.. amiin ya Rabb

Wednesday 4 December 2013

Istanbul - Datanglah dengan ilmu dan hati - 1


Assalamualaikum wbt,

melihat adi Ammar yang meninggal dunia dalam mencari ilmu sejarah Ottoman... mengingatkan aku pada ziarah kami ke Turki lama dahulu....

perjalanan ke Istanbul adalah perjalanan hati yang membawa kepada sejarah kehebatan khalifah Islam Sultan  Muhammad al-Fatih yang berjaya menakluk Konstantinopel.

Surah Annur 24:55

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Berjalan kaki di Istanbul dan meneroka kesan sejarah kegemilangan Ottoman (Uthmaniah) memang mendatangkan kepuasan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata. 

Kami menginap di kawasan Sultanahmet kerana merasakan inilah kawasan yang boleh kami berjalan kaki tanpa perlu mengambil pengangkutan lain di Istanbul kerana ianya berdekatan dengan semua tempat sejarah, muzium (muze/muse dalam bahasa Turki). Berbekalkan sedikit pengalaman ke Istanbul untuk menghadiri persidangan pada tahun 2011 dan terima kasih kepada blog-blog yang banyak memberi pencerahan untuk bergelandangan di Istanbul, kami memulakan langkah dari Dedem Botique Hotel. Para pembaca jangan terpesona sangat dengan gambar di link ini kerana ianya hotel biasa yang mampu untuk orang biasa macam kami .. keadaan hotel ini tidaklah mewah ianya agak sederhana tidak kecil dan tidak besar tapi bolehla .. untuk bajet orang Malaysia dan kedudukannya yang dekat dengan  kawasan pelancongan dan makanan, kedai runcit murah sangat mudah didapati di sini... http://www.dedemhotel.net/en/index.html

Hari pertama berjalan kaki dari hotel .. di sekitar kiri dan kanan boleh dilihat gerai roti dan deretan kedai ...





Destinasi pertama adalah masjid Nurousmaniye berhadapan Grand Bazar. Masjid ini dibina oleh Sultan Mahmud I pada tahun 1749 dan siap pada tahun 1755 dengan rekabentuk arkitektur Baroque (merupakan rekabentuk bangunan pada era Baroque yang bermula pada kurun ke -16 di Itali.




Dihadapan masjid Nurousmaniye kami jumpa pakcik ni...













Surah al-Rum 30:9
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.