Sunday 21 October 2012

Jalan ke Paris naik bas


Jalan ke Paris naik bas... ini kenangan manis untuk golongan marhain macam kami... dengan bajet yang kecil ...dan masa cuti yang ada hanya 4 hari dengan mengambil kira cuti sekolah anak, cuti kerja suami dan  cuti aku yang jatuh serentak pada "bank holiday" kat UK ... 

Penat juga aku merancang perjalanan ni ambik masa  2 minggu juga untuk buat "research" mana nak pergi, nak naik apa, tinggal kat mana, makan minum dan lain2...

Ehmm... Alhamdulillah Allah makbulkan perancangan kami dengan doa mak, ibu n bapa mertua dan kawan2    ... terima kacih semua..

Perancangan aku bermula dengan  "book" tiket bas ekspres Eurolines ... tiket pertama pergi balik dari Loughborough ke London... kedua dari London ke Paris ... tidur semalam di Paris... book apartment.. book tiket bas untuk "tour" Paris ... nama bas tu yg selalu tergeliat lidah aku nak sebut "hop on hop off" ...

Lepas tu aku book pula tiket dari Paris ke Belgium dan cari tempat bermalam dan bas untuk "tour" kat Belgium ... hari berikutnya pula dari Belgium ke Amsterdam .. dan dari Amsterdam ke London.... 

Macamtula aku book tiket dengan mengambil kira masa yang kami boleh "marathon" turun bas naik bas, naik tram atau atau metro...

Ni aku "upload" dulu gambar kami pergi Paris... tak larat nak upload dan memilih gambar .... 


 ni muka "boring" naik bas .. maklumla naik bas bukan naik kapal terbang... lama duduk... dah puas dia bangun dan tido ...

 sampai kat Eurotunnel - faster than a Ferry to France... memang betul .. bas eurolines memang ikut sini dan balik baru naik ferry

 nilah pemandangan sebelum masuk eurotunnel tu

 ehmmm ... masing2 teringin nak tengok apa yang ada di sebalik tunnel... apakan daya nampak dinding besi je... kalau tak silap tak sampai setengah jampun dari Folkestone ke Calais..

 dah keluar dari eurotunnel nampakla muka bumi France yang penuh dengan ladang yang besar2

 ehmm.. Alhamdulillah anak ummi ni tak merengek  sikitpun walaupun kena jalan kaki.. agaknya seronok ke hulu ke hilir selepas duduk dalam bas

 ini tram dekat Noisy le sec kat Paris .. tempat yang kami turun untuk cari apartment kami tapi tak larat dah nak amik gambar apartment sebab masing-masing dah penat.. cantik dan luas juga apartment tu.. berbaloi selepas kami penat mencarinya...

 ini keesokan harinya kat stesen metro... kami kena bergegas nak naik metro nak pergi kejar bas "hop on hop off" .. dan masa yang adapun cukup2 je untuk naik bas lagi ke Belgium

 tunggu kedatangan ketapi metro kat bawah tanah Gare de I'Est


Kami mula ambil bas hop on hop off kat Stop 6 - Opéra - Galeries Lafayette 
aku list kan stop dia .. ada 9 semuanya
Stop 1 - Tour Eiffel
Stop 2 - Champ de Mars
Stop 3 - Musée du Louvre
Stop 4 - Notre Dame
Stop 5 - Musée d’Orsay
Stop 6 - Opéra - Galeries Lafayette
Stop 7 - Champs Élysées - Étoile
Stop 8 - Grand Palais
Stop 9 - Trocadéro
 Stop 6 - Opéra - Galeries Lafayette

 dah atas bas gembiranya dapat melepaskan lelah setelah berlari dari stesen metro

 ni gambar yang diminta sangat oleh hubby aku sebab kat belakang diatu ada I luv Paris... ehmm... belumla aku sampai tahap cinta kan Paris ni hehehe

 Stop 7 - Champs Élysées - Étoile   walapun ada gambar dekat tapi aku tak suka nak upload sebab gambar patungnya yang tak bertamadun tu... semua kurang kain... ehmm kalu aku tak tahu tentang hadith menyuruh aku menundukkan pandangantu boleh la buat tak tahu je kan... tapi bila dah tahu kenalah aku tundukkan mata dan kamera aku jugak...

 ni bas kat sebelah bas kami...

 rasanya semua orang tahu jenama nih...

 


 Stop 1 - Tour Eiffel  

 rasanya takde yg tak kenal Eiffel Tower  ni

 Stop 2 - Champ de Mars




 


Stop 3 - Musée du Louvre

 Stop 4 - Notre Dame

 ni kedai2  di sepanjang jalan kat Notre Dame tu .. tapi kami tak dapat turun  huhuhu.. masa nggak ada..

 Stop 8 - Grand Palais

Tuesday 16 October 2012

Anak

Melihat ibu palestin merangkul anaknya yang telah menemui Allah ... hatiku luluh... moga Allah memberi kekuatan padaNya...mengurniakan syurga untuknya... aku... aku mendengar mimpi anakku tentang matipun sudah menceraiberaikan hatiku... "ummi malam tadi adik mimpi adik dah mati... adik sedih sangat sebab adik dah jadi roh dan tak dapat peluk ummi"... ya Allah janganlah kau duga aku sesuatu yang tidak tertanggung olehku .. sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripadaku... ampunkan aku ya Allah.. hambaMu yang sangat lemah... sesungguhnya Egkau ya Allah sebaik-baik penjaga.. yang menjaga kami tanpa pernah terlena... jika pendek umur kami ... permudahkan kami menunaikan umrah dan mati di Mekah atau Madinah...mati yang Kau cintai ...mati yang Kau redhai.... dan dimasukkan ke syurgaMu tanpa hisab... jika masih panjang umur kami permudahkan kami melakukan amalan soleh dan berbakti pada ibu bapa kami dan melakukan apa sahaja keranaMu ya Allah.. dengan tulus ikhlas ...amin ya Allah .. amin ya Rahman... amin ya Rahim

Monday 15 October 2012

Solat dari sudut sains

Solat

Solat fardhu adalah merupakan kewajiban yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam lima kali sehari pada waktu yang berbeza yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan membantu keupayaan tubuh terutamanya sistem darah dan jantung. Solat juga merupakan terapi psikologi yang membantu jiwa menjadi lebih tenang dan menghilangkan tekanan perasaan yang disebabkan oleh pelbagai masalah dalam kehidupan; yang paling signifikan adalah manusia merasakan semua masalahnya sangat kecil di hadapan Pencipta yang Maha Agung. Solat juga menghilangkan semua sumber tekanan pada diri manusia apabila berlakunya perubahan pergerakan dalam solat secara konstan. Ini dikenali sebagai perubahan yang membawa kepada kerehatan fisiologi yang sangat penting. Fakta Ini adalah bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang memerintahkan umatnya bersolat ketika menghadapi kemarahan dan telah terbukti bahawa solat memberikan kesan yang pantas terhadap sistem saraf dengan memberi ketenangan dan keseimbangan. Solat juga turut menjadi penawar kepada insomnia atau penyakit sukar tidur yang disebabkan oleh kegagalan sistem saraf (Nor Azah Abdul Aziz et. al, 2008).

Solat adalah inti ibadah di dunia. Ia merupakan bukti nyata keimanan dan keIslaman seseorang di alam realiti. Solat merupakan elemen terpenting dalam syariat Islam (Misbah Em Majidy, 2009). Allah Taala memerintahkan agar solat dilakukan secara berjemaah dan memohon pertolongan kepadaNya dengan cara mengerjakan solat seperti berikut:
                                                                                                                                   
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
                                                                                                       Surah Al- Baqarah (2):43

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Surah Al- Baqarah (2):45

Setiap suruhan dan larangan Allah Taala mengandungi hikmah sebagai contohnya posisi solat yang diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Umar (Zaki Al-Din ‘Abd Al-Azhim Al-Mundziri, 2004):

"Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya ke atas hingga sejajar dengan bahunya ketika memulai solat (takbiratul-ihram); ketika mengucapkan takbir untuk rukuk, dan ketika bangkit dari rukuknya ia melakukan hal yang sama lalu mengucapkan sami Allâhu liman hamidah, Rabbanâ walakal hamd. Dan Nabi SAW. tidak melakukan hal itu (mengangkat kedua tangannya yang mulia) ketika sujud. [l:702-S.A.]

Kajian yang dilakukan oleh  Nor Azah Abdul Aziz et. al, 2008 terhadap tekanan  darah dan      kadar denyutan jantung menunjukkan bahawa solat fardhu berjemaah menjadikan ianya lebih baik dalam ertikata lain solat menjadikan pengamalnya lebih tenang walaupun sebelum solat pelbagai aktiviti dilakukan seperti berjalan, berlari dan lain-lain.

Monday 8 October 2012

Menunaikan Haji

Mengerjakan haji adalah pengalaman terindah aku sebagai seorang yang menggelar dan berbangga sebagai orang Islam. Islam agamaku. Bukan aku berbangga aku sudah menunaikan haji... tetapi aku amat mensyukuri dan menghargainya sebagai pengalaman terindah dan kurniaan Allah dalam hidupku...

Mana tidaknya aku memang tidak pernah menyangka akan dapat menunaikan umrah dan haji dalam waktu yang muda ... maklumla aku bukan dilahirkan dalam keluarga kaya... namun Allah telah mentakdirkan aku  dan suami menjadi tetamuNya... 

Pada tahun 2011 aku dan suami amat bersyukur telah terpilih untuk menjadi tetamu yang Maha Agung... pelbagai dugaan telah kami lalui sebelum dapat menjadi tetamuNya... Alhamdulillah segala dugaan itu rupanya adalah tanda kasih Tuhan terhadap kami sbelum menunaikan rukun Islam yang kelima. Anakku sakit sebelum kami menunaikan haji... permohonan kami yang pertama juga telah kena reject... sampai aku mimpi bertemu ustaz daud che ngah .. dia kata dalam mimpi akutu " tak dapat pegi... tak percaya?"... aku memang tak percaya dengan mimpi tu sebab bunyinyapun kelakar... tapi sebenarnya memang tak kelakar bila aku dapat tahu memang aku kena reject dengan andalusia... tapi sebagai manusia yang dah hidupnya rencam aku memang jenis degil... aku cuba syarikat lain... banyak juga rasanya syarikat yang aku telepon tanya diorang amik tak lagi orang nak pergi haji... maklumla dah last minit... siapa nak terima....rupanya rezeki kami dengan felcra... Alhamdulillah... ini cerita aku masa dah dapat... tapi usaha untuk mengerjakan haji bukanlah usaha menelepon sana-sini sahaja...segala usaha itu tak kan berjaya punya kalau Allah tak menjemput aku ke sana.. kalau Allah tak mengizinkan pasti aku masih  belum pergi haji lagi... aku nasihatkan sesapa yang nak pergi haji, umrah, belaja ke apake hendaklah diniatkan kerana Allah semata-mata... ikhlaskan hati... fikir positif ... niatkan aku mengerjakan haji ini semata-mata keranaMu ya Allah.. Tuhanku yang satu... buatlah solat taubat, solat hajat, solat tasbih...sujud syukur dan lain solat sunat... bersihkan harta dengan berzakat... jangan bawa duit dari sumber yang haram... mintalah petunjuk dari Allah...mintalah restu ibu bapa.. bermaaf-maafan dengan sesiapa sahaja...   dan bacalah doa kat setiap tempat seperti buku doa yang dibekalkantu... aku memang syahdu setiap kali baca doa gi umrah atau haji... aku baca bahasa arab dulu pastu baca bahasa melayu... sebab aku tak paham bahasa arab... tapi semuatu tak menjadikan aku putus asa untuk berdoa sehabis tenaga pada Allah... 

Menunaikan haji aku turun kat Mekah dulu... mula2 lebih kurang 1 jam sebelum sampai... kami kena niat kat miqat... ikutla miqat masing2 ...lepas tu bertalbiah... memang syahdu dan menggegar jiwa apabila bertalbiah.. labbaikallah hummalabbaik...hambaMu datang menyahut panggilanMu ya Allah...hati aku runtuh... air mata berderai... tak dapat nak gambarkan perasaan masatu... perasaan yg sama juga apabila melihat kaabah, bertawaf dan lain2... hati aku ni mencair dan macam lebur... air mata yang jatuh tu kengkadang tak sedarpun... sebagai manusia yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan... terasa begitu kerdilnya diri di hadapan Allah... kepadaNya aku terus meminta2 kerana Dia sahaja yang layak untuk meminta pertolongan ... perkenankan doaku ya Allah untuk menunaikan umrah lagi bersama mak, suami dan anak-anak amin.







Saturday 6 October 2012

Belajar dan belajar lagi sampai mati

Belajar dan belajar lagi sampai mati ...

mungkin tajuk yang aku berikanni terlalu ekstrim.. tapi itulah hakikat sebenarnya... memang sebagai manusia kita memang sentiasa kena belajar ... maksud aku ni bukanlah belajar secara formal di sekolah, universiti sahaja... tapi belajar ...mencari ilmu dalam apa jua bentuk...

kadang-kadang aku belajar dari profesor... betul la tu namanya belajar di universiti... tapi kengkadang aku belajar dari kengkawan... kengkadang dari anak2 aku sendiri yang petah2 dan mematah2kan kata-kata aku.. kengkadang belajar dari mak yang aku sayangi... mak ni memang selalu... mak adalah sekolah kehidupan aku.. kengkadang belajar dari suamiku tercayang... kengkadang dari anak2 muridku...kengkadang aku belajar dari sesapa je kat tepi jalan...

meh aku cerita macamana aku belajar kat orang kat tepi jalan... kegemaran aku ni memang suka senyum kat orang2 tua yg nak senyum kat aku.. kalau dia buat dek.. aku tak kisah ... kalau dia senyum ... aku akan senyum kali kedua dengan sepenuh tenaga  dan kepala aku nipun terhangguk-hangguk macam belatuk kat diorang...maksud aku ni orang tua minah saleh kat UK ni... makcik2 tu akan senyum dgn happy bila tengok aku.. dan diaorang ni bila dia  tengok aku.. pastu pasti dia tengok anak aku.. aku selalu jalan dengan anak-anak atau salah sorang anak aku... maklum la.. aku tak berapa berani nak jalan sorang... dari mata... diaorang akan cakap kat suami dia pulak... tah apa2 tah yg diaorang cakapkan .. lepastu diaorang akan senyum... tapi aku interpretasikan sebagai .."ha.. tengok dia tu seronok je jalan dengan anak2 dia"... hehehe aku agakjela... tapi pandangan mata dioarang dan senyuman dia menyebabkan hati aku turut gembira dan menyebabkan sepanjang jalan aku boleh senyum dan seronok borak dengan anak2 aku... dan menjadikan outing aku tu jadi puas walaupun aku tak beli barang apapun... bagi orang yg tak senyum aku memang pandai buat muka tak tahu jugak.. no hard feeling... heheh.. bagi yg macam mencebik atau buat muka tak suka kat aku .. itupun tak jadi kudis bagi aku... maklumla aku punya sikap degil dan malas nak layan orang yang negatif dengan aku... aku tak nak tempias negatif tu terkena kat aku...

faham tak maksud aku belajar kat orang tepi jalan ni... maknanya aku belajar untuk memberi senyuman dengan ikhlas ... senyum tu kan sedekah... dan aku juga belajar untuk tidak endah pada perkara negatif dan tegar dengan perasaan aku sendiri... panjang juga rupanya aku menulis ni... nanti aku nak sambung lagi belajar dengan mak dan lain2 ...hehehe